Ejen dan Pakar Teknikal FBI Siasat Kehilangan Pesawat MH370

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Memetik laporan berita akhbar Los Angeles Times,  tindakan tersebut dilakukan kerana terdapatnya tiga warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat tersebut.

Tragedi MH370 Pesawat MAS : Sedih Sekumpulan Rakan Sekerja Freescale Hilang

Kakitangan dan pekerja pengurusan atasan syarikat semikonduktor Freescale Semiconductor adalah antara 38 rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan MAS MH370 yang hilang lebih ruang udara Vietnam pada pagi Sabtu lalu. salah seorang kakitangan syarikat memaklumkan memang menjadi kebiasaan pihak syarikat menghantar pekerja ke China untuk menjalani kursus selama sebulan di Beijing.

Operasi Mencari Pesawat MAS MH370 Dengan Bantuan 5 Negara

Malaysia berterima kasih dengan bantuan dari 5 buah negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu.

Waris Mangsa Pesawat MAS Hilang Akan Diterbangkan ke Lokasi Yang Belum Diumumkan

Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan, 9 pagi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor  menemui semua keluarga selepas subuh 

Pesawat Mas Hilang: Pasukan Kesihatan Merawat Keluarga Yang Trauma

Sekumpulan pasukan kesihatan ditempatkan di The Everly Hotel di sini untuk menangani kes-kes trauma dalam kalangan waris dan keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.
Menurut seorang petugas kesihatan yang enggan namanya disiarkan, sebanyak 25 petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat bertugas secara giliran.  Katanya, setiap kumpulan dianggotai lima orang yang bertugas selama enam jam. 

Kehilangan Pesawat Boeing 777-200 Jadi Tumpuan Dunia

Penerbangan MH370 dengan model pesawat Boeing 777-200 yang hilang awal pagi Sabtu 8 Mac 2014 sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku. Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold