SI BOTAK KEMBALI (PRISON BREAK SEASON 4)

Semalam aku tunggu dpn tv nak tgk cite Pecah Penjara ni (Prison Break), seperti biasa si botak (Michael Scolfield)kembali dgn abangnya (Lincoln) serta kuncu kuncunya bertemu kembali and getting togetha untk menjalankan operasi melawan Company (belum tahu lagi apa jenis company, penjenayah gelap kot).
Si botak sudah dipadamkan segala tatoo di badannya dan bertemu kembali dgn gefren lama Si Sara yg dulu dia ingat dah mati rupanya hidup lagi. Lega sungguh Si Botak dpt bertemu Sara dan next episode yg penuh saspen tunggu lg minggu dpn….2 be continue

PANDUAN PILIH USB FLASH

Semakin byk USB flsh digunakan, semakin murah harga dan semakin tinggi size memorynya.Dari size gigabit skrg Terabit.

Dulu USB flash bersaiz 64MB dijual dlm harga RM220 sekarang USB flash bersaiz 1GB lebih kurang RM55 atau lebih murah.

Disebabkan USB flash boleh menyimpan MP3, video clip dan perisian mudah alih lain.
USB flash skrg boleh mencecah 16GB atau lebih, dgn memory sbyk tu kita boleh muatkan segala mcm benda di dlmnya dan dibawa ke mana2.

Ada beberapa jenis USB flash yg berbeza dr segi size hingga ke ciri keselamatan.Macam mana kita nak pilih, tgk pada beberapa ciri:

1. Size USB – kebanyakan USB skrg kecil, memang kita tak berapa kisah akan size USB tp mungkin nanti akan timbul masalah bila nak dimasukkan ke port USB, ada port yg disusun berdekatan , menegak dan mendatar,so bila kita pilih USB yg besar dan lebar tentu tak muat pd PC or notebook kita, dan tidak halang kita menggunakan port tu utk tujuan lain. Kalau ada jugak masalah tu kena le guna kabel hab USB.

2. Kapasiti dan kesesuaian
8MB – 16MB – kalau kita jarang guna USB flash, dan hanya utk pindah dokumen ofis sekali sekala , patutnya guna le kapasiti sbyk ni.

32MB – 64MB – Kalau nak tambah lagu MP3, imej digital pd file cthnya Power
Point .

128MB – 256MB Kapasiti ni byk digunakan utk simpan file foto, audio, or
video clip pendek.

512MB -1GB – size USB besar ni utk file2 multimedia, software mudah alih
dan harga pun dah murah.

3. USB 2.0 atau tidak- Perlu jugak check sambungan USB di PC guna USB 2.0 atau
tidak, jika yg versi lama , rugi le beli mahal2 tp tak boleh guna, kena ganti sambungan USB tu dulu , USB 2.0 kelajuan tinggi lebih baik sbb pantas tp bergantung jgk pd size file.

4. Kelajuan/Speed – pastikan kelajuan USB anda tahap mana bg memudahkan keje nanti. Untuk hard disk external dpatkan storan dgn RPM tinggi 7200 rpm.
Masa carian 10 saat dan paling tidak 4MB Buffer (lebih tinggi lebih baik).

5. GAYA – Jika duit byk sgt mesti gaya jd kepentingan, boleh pilih yg nipis yg lawa yg bermacam bentuk rupa.

Tapi jgn lupa orang tua tua nasihat jgn membazir, pilih yg sedang sedang aja ma..
hehehe

KELEBIHAN STORAN USB


1. MURAH– walaupun muatannya besar harga dah murah, pilihan jugak dah bertambah.
2. KECIL & COMPACT – dgn size sebesar lipstik or lighter, boleh je kita simpan dlm poket baju
3. RINGAN – boleh kalung di leher mcm rantai sbb casisnya dibuat dr plastik.
4. TAHAN LAMA- USB mampu simpan data dlm memorinya hingga 10 thn lebih lama dr desket ada yg jaminan 5thn atau spjg hayat.
5. TANPA KUASA LUARAN – port USB boleh dpt bekalan dr PC yg disalur pd USB, so adapter luar tak perlu.
6. STORAN BESAR– dr sekecil 16MB – 16 GB
7. TAK PERLU DRIVER – USB flash serasi dgn Windows XP,2000, Mac QSX
8. DRAG & LETAK – file yg ada dlm PC boleh kita drag dan letak pada USB flas semudah tu sj.
9. SELAMAT– sesetengah USB ada di dlmnya ciri2 keselamatan seperti pencegahan penulisan, enkripsi data, anti virus dgn password.
10. ADA SOFTWARE KHAS – sesetengah USB flash dipakejkan dgn aplikasi mudah alih dlm storannya, ada software utk memampatkan file utk penjimatan ruang.

CATS ON THE STEPS


Gambar ini adalah original tanpa edit tanpa paksaan untk kucing2 tu pose atas tangga tu, dirakamkan spontan.

2 3 kucing berlari ,
mana nak sama kucing atas tangga..

SHORTCUT DI HUJUNG JARI ANDA


Shortcut guna papan kekunci memang cpat dan mudah jd tak payah guna mouse.Biasanya standard bg mana2 operasi PC.

1.Ctrl Alt Del- “ Three Fingered Salute”
Ctrl Alt Del ni mcm keteu pd semua shortcut, amat berguna bila kotak dialog windows terkunci.Tekan butang ni serentak dan Windows Task akn terbuka.
Jd kita boleh stop program yg sdg ‘hang’.

2.Ctrl S yg ni utk save kerja kita bila kita tgh menaip tetiba balck out(sbb bil tak byr ke , sbb apa apa sebab le) jd utk keselamatan kita save dan file disimpan secara automatik.

3.Ctrl O – yg ni pulak nak bukak file atau dokumen windows yg aktif secara cepat.

4.Edit text guna Ctrl C / Ctrl X / Ctrl V/ Ctrl ACtrl C- untuk copy text fail atau icon yg telah dihitamkan.
Ctrl X – utk cuts
Ctrl V –utk paste (tampal)
Ctrl A – utk hitamkan semua text pd dokumen, file dan apa sj dlm Folder dan desktop PC.

5.Alt Tab – utk kita berpindah dr satu windows ke windows terbuka yg lain.
Tekan dan Hold kita boleh tgk aplikasi yg sdg aktif dan pilih window mana yg kita nak.

6.Tekan F2 – tekan F2 utk rename file or folder dgn mudah dr right click mouse

Menu hari ni


Menu hari istimewa ni(hari lain pun istimewa jugak) cat fish bakar cicah dgn air asam..sedapnya tak terkata. Selalu buat sambal tp bakar pon sedap.Bila dimakan dgn kangkung goreng belacan..hai sungguh menjilat jari.Alhamdulillah kenyang dah.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold