Kapten Norudin di MHI

Kapten Norudin  memberikan penerangan yang menginsafkan semasa diwawancara di Tv3 hingga ramai orang tidak menyangka dan terpegun dengan penerangan dan pandangan beliau. Sejauh mana kecanggihan teknologi dan kepakaran manusia, manusia jangan angkuh dan perlu  kembali kepada penciptanya. Beliau adalah bekas Ketua Pilot B777  dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia. Orang yang membuat ujian penerbangan ketika pertama kali B777 dibawa ke Malaysia. Beliau dan Kapten Zaharie pilot yang menerbangkan pesawat MH370 adalah rakan baik.

Mencari MH370 Jangan Sampai Syirik

Usaha mencari pesawat MAS yang hilang masih diteruskan, kadang kadang semakin mendebarkan atau semakin keliru. Kalau kita yang tidak ada kaitan atau bukan warga keluarga saudara yang rapat dengan mangsa yang hilang ini merasai kebingungan dan rasa risau..apatah lagi mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari MH370, dengan teknologi dengan kepakaran dan semalam ada berita dilaporkan mengenai kedatangan raja bomoh Ibrahim Mat Zain ke KLIA .

Kapten Norudin- Dua Cara Untuk Jumpa Semula MH370

Semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh, untuk 3 hari lepas kita melihat banyak negara secara rela menawarkan bantuan dengan pelbagai cara dan peralatan. Seluruh negara mengadakan solat hajat, berdoa dan memohon petunjuk agar pesawat MAS MH370 dijumpai semula.

Tahniah Che Ta Mengandung

Tahniah kepada Che Ta dan Zain Saidin. Beberapa hari lalu, Zain memberitahu yang isterinya Che Ta mungkin mengandung.  Untuk lebih kepastian lagi tentang berita itu, Che Ta pula telah berkongsi gambar prengancy test yang dia sudah pun mengandung. Chet Ta berusia 43 tahun dan sudah mempunyai dua anak lelaki melalui perkahwinan yang terdahulu, iaitu  Ammar Effendy, 18 dan Aniq Ezra, 16.

Akaun Palsu Jasmine Johari

Kalau semalam ramai orang bersimpati dengan remaja bernama ‘Jasmine Johari’ kini orang mengutuk kebiadapan dan perbuatan orang yang membuat akaun palsu dengan nama yang direka-reka dan membuat twit palsu hingga semua orang tertipu.

Kehilangan Pesawat MH370 Masih Misteri Kata Pakar

Penantian yang semakin mendebarkan dan masih lagi kekal misteri kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dan banyak negara turut sama sama membantu Malaysia.

Ikuti petikan berita misteri kehilangan pesawat MH370

Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada Sabtu kekal menjadi misteri.

Tiada laporan cuaca buruk atau petunjuk kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dari skrin radar pada 1.30 pagi selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 pagi.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold