Sharnaaz Ahmad Nafi Ganggu Hubungan Pekin dan Uqasha

Berita mengenai hubungan cinta Pekin Ibrahim dan tunangnya Uqasha Senrose putus mengejutkan peminat. Pasangan romantis dan selalu ke mana saja berdua ini dikatakan mempunyai masalah disebabkan orang ketiga. Uqasha dikatakan menjalinkan hubungan cinta lokasi dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam sebuah drama bersiri.

Liyana Jasmay Hamil Dua Bulan

Dalam diam pelakon Liyana Jasmay dilaporkan telah hamil dua bulan. Liyana berkata dia bukan hendak berahsia mengenai berita kehamilannya itu kerana beranggapan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada pihak media.
“Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini.

GAMBAR Banjir Lumpur Bertam Cameron Highlands

Gambar sekitar kejadian banjir lumpur yang melanda Bertam Cameron Highlands pada awal pagi tadi.

Banjir lumpur akibat air deras yang dilepaskan dari empangan memusnahkan rumah di sekitar sungai berhampiran  dan beratus kereta hilang dan rosak.

Banjir Lumpur di Bertam Cameron Highlands

Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Kedua-dua mangsa  ditemui tertimbus dalam lumpur berhampiran rumah masing-masing pada pukul 8 pagi dan 8.15 pagi.
Gerakan mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Jarwati, 17, sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsayang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

Artis Noreen Nor Meninggal Dunia

Artis zaman 80 an Noreen Nor meninggal dunia , berita ini disiarkan di Astro Awani sebentar tadi. Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Diana Amir Nikah 25 Oktober

Pelakon Diana Amir yang sudah setahun bertunang dengan  Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah, akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober ini.

Majlis Ijab dan Qabul diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya pada jam 9 malam.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold