Gambar Majlis Malam Berinai Diana Amir

Semalam berlangsungnya majlis khatam al-Quran dan malam berinai buat bakal pengantin, Diana Amir.

Ini pertama kali MIG adakan majlis sebegitu di bangunan atau pejabat mereka untuk artis di bwah naungannya. Ada sumber memberitahu , ianya adalah permintaan dari Diana Amir sendiri yang mahu ia diadakan di sana bersama keluarga MIG.

Diana manis mengenakan jubah atau busana dari padanan rona putih dan lavender pada malam tadi.

Kes Tembak Pegawai Bank: Pengawal Keselamatan Larikan RM450,000

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Pekin Dedah Dia Ada Bukti Uqasha Curang

Pekin Ibrahim akhirnya berterus terang yang dia dan Uqasha sudah tidak ada apa apa hubungan lagi dalam erti kata lain sudah putus cinta. Gosip seminggu lalu yang mendedahkan mereka berdua sudah putus tunang ternyata benar. Pekin juga ada menyebut nama Sharnaz Ahmad sebagai orang ketiga yang menggangu hubungan cinta mereka.

Ibu Uqasha Senrose Sahkan Anaknya Belum Putus Tunang Dengan Pekin

Ibu kepada pelakon Uqasha Senrose, 21, iaitu Rosmizai Mohd Nor memberitahu hubungan anaknya dengan pelakon Pekin Ibrahim, 32, masih belum berakhir dan menolak pasangan berkenaan sudah putus tunang.

Rosmizai, 45, berkata, dia masih lagi menunggu penjelasan daripada kedua-dua belah berhubung gosip berkenaan.

“Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus.

Uqasha Senrose Mahu Pekin Tunjuk Bukti Dia Curang

Gosip mengenai pasangan pelakon bergaduh besar mengenai orang ketiga kini jelas dikaitkan dengan pasangan Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim, dan orang ketiga yang dimaksudkan ialah Sharnaaz Ahmad. Uqasha menafikan sekeras-kerasnya yang dia ada membuat hubungan dengan Sharnaaz Ahmad. Uqasha kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Pekin terhadapnya.

Drama Projek Memikat Suami Gandingan Emma Maembong dan Aiman Hakim

Drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) bakal ditayangkan di Astro hujung tahun ini. Hero dan Heroin drama ni ialah Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Masih lagi tema kahwin paksa sama seangkatan dengan beberapa drama yang menjadi pilihan stesen tv ketika ini, berlumba lumba  menyiarkan drama adaptasi novel seperti Love You Mr Arrogant(Tv3), Jodoh Itu Milik Kita(Astro), Sebenarnya Saya Isteri Dia(TV3) dan akan datang Playboy itu Suamiku (TV3).

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold