Fakta dan Info Lautan Hindi

Lautan Hindi ialah lautan ketiga terbesar selepas Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Ia meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

Dua Objek Dikesan Satelit di Selatan Lautan Hindi

MH370 kembali menjadi trending di twitter di Malaysia dan juga di Australia apabila Perdana Menteri Australia membuat pengumuman di Parlimen di Canberra awal hari ini bahawa imej satelit telah berjaya merakamkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac. Objek itu dikesan pada 16 Mac lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan wakil Australia bagi mengesahkan penemuan 2 objek melalui satelit berkait dengan pesawat MH370. Beliau berharap petunjuk terbaru itu dapat membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.

Jika dua objek itu disahkan milik pesawat MH370, keluarga mangsa akan diterbangkan ke Austrlia.

 

Aisyah Anak Kapten Zaharie Pulang Untuk Memberi Sokongan Pada Keluarga

Anak perempuan Kepten Zaharie pilot MH370 yang hilang iaitu Aisyah Zaharie pulang dari Australia untuk bersama-sama keluarganya di saat saat sukar begini. Aisyah meluahkan perasaan sangat kesal dengan tulisan media yang membuat spekulasi dan memburukkan imej bapanya.

Lima Landasan Dalam Simulator Kapten Zaharie Disiasat

Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu. Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

Lapangan terbang di Maldives, Diego Garcia, tiga di India dan Sri Lanka ditemui

KJ Jawab Isu Raja Bomoh Nak Tampar Macam Buaya

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin secara berseloroh berkata, “satu Malaysia” mahu menampar Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ekoran perbuatannya yang “memalukan” negara.Kata-kata itu lahir dari mulut menteri muda ini sebagai respon kepada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang mahu menamparnya seperti buaya. 

Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Dakwa Terima Panggilan

Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang anggota keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold