Mamat Khalid Mahu Ella Dalam Rock 3

Mamat Khalid dikatakan berhasrat untuk menyunting Ratu Rock Negara, Ella untuk membintangi filem sekuel Rock 3 yang akan memulakan penggambarannya pada awal tahun hadapan.

Menerusi Bi-Pop hari ini, Mamat dikatakan berminat untuk mengambil Ella berlakon kerana mahu memberikan lebih corak dan jalan cerita menarik berkaitan filem yang menyentuh tema dunia rock Melayu pada era 1980-an dan 1990-an itu.

(Gambar)Erma Bayar Duit Saman Rebecca Guna Syiling 5 Sen

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat  peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

Banjir Buruk Jalan Ditutup di Terengganu, Pahang dan Johor

Banjir semakin buruk di 3 buah negeri. Jumlah  mangsa banjir semakin meningkat. Laporan hari ini menunjukkan jumlah mangsa yang dipindahkan di Johor ialah 6,997 orang, di Pahang 9,638 orang, mangsa banjir di Terengganu berkurang menjadi 2819 orang.

Banjir di Pahang Semakin Buruk: Senarai Jalan Yang Ditutup

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mengesahkan bahawa keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di daerah iaitu Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.

Menurut laporan Bernama, seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung di Rompin ditempatkan di enam pusat pemindahan, manakala sebanyak enam kampung di Pekan dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Sinopsis JIWA Slot Aksi Tv3

Drama bersiri ‘Jiwa’ di slot Aksi menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak dan Faizal Hussein mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3.

 

Sinopsis JIWA

‘Jiwa’ mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo),  ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.

Kes Kematian 3 Beradik: Remaja 16 Tahun Ditahan Reman

Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam tadi.
 
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold