Aidil Zafuan Bakal Kahwini Zarema Mac 2014

Setelah berpisah dengan aktres Rita Rudaini menjelang Aidilfitri yang lalu, pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abdul Razak nampaknya telah pun mempunyai perancangan untuk berkahwin sekali lagi.

Menerusi laporan Media Hiburan minggu lalu, Aidil dijangka akan menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun 2014. Bakal isterinya ialah tidak lain tidak bukan wanita yang digosipkan sebagai kekasihnya sebelum ini iaitu Zarema Zainal.

Adik Paul Walker Ganti Abangnya Dalam Fast and Furious 7

Watak yang dipegang oleh mendiang Paul Walker dalam filem ‘Fast and Furious 7′ bakal digantikan oleh adik pelakon itu, Cody Walker. Cody yang juga seorang pelakon lagak ngeri bakal menghabiskan pembikinan filem ini sekali gus menghidupkan semula watak Brain O’Connor.

Gambar Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Akhirnya Che Ta sah menjadi isteri Zain Saidin dengan sekali lafaz. Pasangan romantis Rozita Che Wan,40, dan Zain Saidin,29,  dinikahkan pada malam ni, di Setia City Convention Centre dan resepsi kedua mereka akan dilangsungkan pada Jumaat ini di lokasi yang sama.

Pada majlis pernikahan Che Ta,40  telah menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Anak Che Ta Harap Perkahwinan Ibunya Kekal Abadi

Di saat Rozita Che Wan sedang berdebar menanti disatukan dengan bakal suaminya beberapa jam lagi, turut sama berkongi perasaan itu sudah tentu dua anak bujangnya, iaitu Ammar Effendy , 17, dan Anniq Ezzra Azuar Effendy,15.

Gembira ibunya bakal mengakhiri zaman janda, Ammar berharap agar perkahwinan kali kedua ini dilimpahi kebahagiaan dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya harap perkahwinan kali kedua mummy ini bukan cinta lokasi dan mahu ia berkekalan sampai bila-bila.

Gambar Kereta Proton Perdana Baru

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan kereta Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

(GAMBAR) Malam Berinai Rozita Che Wan Pakai Barang Kemas 11 Juta

Rozita Che Wan (Che Ta) tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N’Dah Shah Alam, malam tadi.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold