Archive for the ‘Berita’ Category

Operasi Mencari Pesawat MAS MH370 Dengan Bantuan 5 Negara

ShareMalaysia berterima kasih dengan bantuan dari 5 buah negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu.

Waris Mangsa Pesawat MAS Hilang Akan Diterbangkan ke Lokasi Yang Belum Diumumkan

ShareWaris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan, 9 pagi ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor  menemui semua keluarga selepas subuh 

Pesawat Mas Hilang: Pasukan Kesihatan Merawat Keluarga Yang Trauma

ShareSekumpulan pasukan kesihatan ditempatkan di The Everly Hotel di sini untuk menangani kes-kes trauma dalam kalangan waris dan keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam. Menurut seorang petugas kesihatan yang enggan namanya disiarkan, sebanyak 25 petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat bertugas secara giliran.  Katanya, setiap kumpulan dianggotai lima orang yang bertugas […]

Kehilangan Pesawat Boeing 777-200 Jadi Tumpuan Dunia

SharePenerbangan MH370 dengan model pesawat Boeing 777-200 yang hilang awal pagi Sabtu 8 Mac 2014 sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku. Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

Pesawat MAS Hilang: Pasangan Berbulan Madu Antara Yang Hilang

SharePasangan Norli Akmal Hamid dan Muhd. Razahan Zamani antara penumpang pesawat Malaysia Airlines yang masih gagal dikesan lokasinya setakat ini, dikatakan telah lama merancang berbulan madu kali kedua di China. Norli, 33, dan Muhd. Razahan, yang belum mempunyai anak itu melangsungkan perkahwinan pada 6 Oktober 2012 dan mengimpikan percutian berkenaan setelah Norli mengalami keguguran.   Adik […]

Keluarga Fariq Pembantu Juruterbang Malaysia Yang Hilang Menanti di Rumah

ShareKeluarga pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang hilang dilaporkan dalam perjalanan ke Beijing mengambil keputusan menunggu di rumah sehingga mendapat berita yang mengesahkan kejadian itu. Saudara terdekat Fariq Abdul Hamid, 27, yang enggan dikenali, berkata meskipun syarikat penerbangan itu meminta waris penumpang serta anak kapal menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun mereka […]

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold