Tahniah Fahrin Ahmad Nikah Elena Hani

Tahniah kepada pelakon Fahrin Ahmad yang telah selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya Elena Hani Elias, 37 pada Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby. Elena Elias merupakan rakan kelas yang sama-sama menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam 17 tahun dahulu.
Kata Fahrin,

“Itulah namanya jodoh. Selepas 17 tahun, kami dipertemukan pada bulan Ramadan tahun lalu dan kemudiannya kami saling bertanya khabar.

“Saya memilih Elena selepas melihat dia menerima saya sebagai orang biasa dan bukannya kerana seorang pelakon. Dia juga seorang penyayang, mengambil berat, matang, bijak dan berdikari. Hatinya juga kental dan tidak mudah melatah,”

Gambar nikah Fahrin Ahmad dan Elena

 

Fahrin dan Elena

Elena Elias

Fahrin dan Elena kerap berhubung melalui Skype.
Oleh kerana Elena bertugas di luar negara maka mereka hanya berhubung melalui Skype untuk bertanya kabar. Elena merupakan Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates dan kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak lapan tahun lalu.

Kata Fahrin, meskipun mereka sering berjauhan, namun ia tidak pernah menghalang mereka untuk berkomunikasi menerusi laman sosial Skype.

Menurut Elena, Fahrin sanggup menunggunya di laman Skype sehingga pukul tiga pagi hanya untuk memastikan dia selamat pulang ke rumah selepas bekerja.

Komen Elena:

“Saya tidak mengambil tahu tentang isu-isu dunia selebriti dan apa yang saya lihat, Fahrin seorang yang saya prihatin dan mengambil berat ke atas diri saya.

“Walaupun kami berlainan bidang, saya akan cuba memahami situasinya sebagai seorang pelakon dan bersedia dengan segala kontroversi atau gosip yang membabitkan Fahrin.

“Saya juga sanggup berhenti kerja demi berada di sampingnya membina keluarga kami,” tuturnya.

sumber : mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold