Mudahnya beli barang di Lazada

Mesti ramai yang tahu mengenai Lazada laman web membeli belah online yang popular. Pada zaman internet dan dunia tanpa sempadan ni membeli belah cara online amat mudah hanya di hujung jari saja. Bagi yang tak ada masa nak shopping di pusat beli belah, sibuk bekerja,  tak mahu terperangkap dengan traffic jam..on saja internet dan ada smartphone, tablet, laptop..dan yang penting ada wangnya..klik kilk dah siap…tunggu beberapa hari orang kurier datang hantar barang di rumah atau di pejabat. Mudahkan.

Lagi lagi pula barang boleh COD, bayar masa barang dihantar, jadi bolehlah pastikan barang tu dalam keadaan baik atau tidak.

Dalam keghairahan membeli belah online ni kadang kadang kena berhati hati… ada yang kurang bernasib baik kena tipu, barang yang dipesan tak juga sampai sampai, barang tidak serupa macam dalam gambar atau barang rosak. Macam kes kes baru baru ini, beli iphone6 dapat biskut.  Itu antara masalah masalah yang mungkin berlaku. Dulunya kecoh dengan kes lazada penipu, sekarang ni mungkin perkhidmatan lazada semakin cekap dan baik. Bagi pengalaman nuriz sendiri belum ada lagi masalah dengan lazada ni setakat ni.

Nuriz antara pengguna yang mencuba cuba membeli secara online dan percubaan pertama ialah membeli casing telefon dengan harga yang agak murah dulu.. sebabnya nuriz nak lihat hasilnya sama ada ok atau tidak proses beli secara online ni. Bagi sesiapa yang masih was was untuk beli secara online ni, apa kata cuba lah dulu barang yang nilai agak rendah. Kalau barang harga rendah tapi kos penghantaran sama atau lebih tinggi.. baik beli kat kedai :)

Kat web Lazada ni proses belian mudah dan penghantaran juga tak mengecewakan. Hari ini beli dua hari kemudian dan sampai. Selepas dah berjaya membeli casing phone tu, nuriz cuba cuba pula membeli sebuah pemanggang di lazada untuk adik nuriz. Gembira juga lah sebab barang sampai dengan selamat. Barang lain yang nuriz beli hari tu ialah seutas jam tangan casio. Casio antara jam yang banyak pilihan di web lazada ni dan harga memang murah jika dibandingkan di kedai. di kedai boleh dapat RM175 dan masa nuriz beli tu ada lagi promosi jadi dapatlah harga rm 97.00.. wah!! murahkan? puas hati :) .

Selalunya pihak lazada akan letakkan tempoh masa penghantaran tu ada ditulis standard penghantaran 5 hingga 8 hari bekerja.Lihat maklumat dan masa penghantaran di sini .

Pembayaran pula boleh dilipih nak bayar guna credit atau debit kad, COD (cash on delivery) jika disediakan, online banking paypal, dan sebagainya. Mudahnya beli di lazada :) kalau rasa nak membeli barang tapi malas nak ke supermarket pe kata kita layan mata kita dulu tengok tengok barang di web lazada tu… tengok je dulu..wndow shopping..bukan kena bayar. Kalau ikutkan hati ni  banyak benda nak dibeli..tapi kena ingat juga beli ikut keperluan bukan ikut nafsu :) ye lah siapa tak rambang mata tengok banyak barang murah murah ni.

Teringin nak beli secara online ke…jom shopping di lazada..hehehe

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Mudahnya beli barang di Lazada”

  1. akubiomed says:

    Memang mudah membeli secara online di Lazada.
    akubiomed recently posted..Xiaomi RedMi 2 dual 4G sim yang cool mampu milik

  2. zik says:

    online jer sekarang nih, bayar pun secara online jugak… mana tuan punya empunya blog nih.. lama menghilang… sibuk agaknya.. huhu
    zik recently posted..Sajak merdeka 2015, Sehati sejiwa

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold