Beli iPhone 6 Dapat Biskut

Tertipu dengan belian atas talian/online..memang banyak kes yang berlaku, seperti kisah wanita berusia 40 tahun ni yang bernama Nor, berasal dari Terengganu dia mahu membelikan telefon iphone 6 untuk dihadiahkan kepada anaknya tetapi apabila terima bungkusan bukan telefon yang dia dapat tetapi biskut.

beli iphone6 dapat biskut

Mengikut berita ni, penjual yang tipu Nor ni menggunakan nama Hafriz yang berasal dari Kangar, Perlis ini masih lagi aktif akaun instagramnya. Jadi masih belum terlambat untuk puan ini membuat laporan secepat mungkin supaya si penipu ini cepat dijejaki dan didakwa.

petikan berita :

“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.

“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya

Lepas dua-dua setuju Nor pun bank in lah RM300 kononnya wang pendahuluan dan baki bayaran bank in lepas barang dah sampai.

“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.

“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.
Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.

Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.

“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.

“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.

sumber: Sinar harian online

Sedikit tip jika hendak membeli barang secara online ini, bagi nuriz banyak perkara perlu dititikberatkan dan kita buat sedikit survey atau kajian antaranya kita boleh buat carian di google  sama ada laman web ini bolehkah dipercayai, data data penjual ni, komen orang ramai, tetsimoni ke.

Contoh membeli barang di facebook, kita lihat pengikut nya dan komen pengguna lain sama ada positif atau negatif. Berapa tinggi nilai kepercayaan orang ramai yang sudah membeli dengan penjual berkenaan perlu kita tahu sebelum kita percaya. Jika kita tidak dapat maklumat seperti itu, memang harus kita curiga.

Perlu juga kita minta butir butir atau maklumat si penjual dengan lengkap. Minta no tracking pos, kurier atau sebagainya. Minta  penjelasan tentang barang tersebut dengan selengkapnya sebelum kita bersetuju membuat bayaran.

Jangan kita membeli di laman yang tidak dikenali jarang diketahui. Laman web yang agak dikenali di negara kita yg menjual barang secara online  ialah Lazada, Zalora, Ipmart, Lelong (sekadar beberapa contoh).

 

Kes kena tipu di mudah.com.my

Shopping Online dengan MOL Paypal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold