Gambar Bilik Pensyarah UUM Terbakar

Empat bilik pensyarah Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) terbakar. Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam M. Pathmanathan ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.19 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.37 tengah hari, katanya.

Kerja memadam kebakaran dilakukan tujuh anggota dan seorang pegawai bomba dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam dengan sebuah jentera.

Sebuah bilik pensyarah yang mengandungi perabot dan dokumen terbakar 50 peratus manakala pelbagai barangan di tiga bilik lagi mengalami kerosakan akibat terkena bahang api.
Menurut Pathmanathan, ketika kejadian tiada pensyarah di dalam bilik terbabit. Pathmanathan berkata jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. Ketika ini para pelajar UUM sedang bercuti pertengahan semester.

Sumber : Malaysian Digest

Gambar bangunan Kolej Perniagaan UUM terbakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold