Wawa Zainal Keluar dari MIG Kini Aeril Zafrel Urus Kerjaya

Wawa Zainal khabarnya telah keluar dari syarikat MIG, selepas kontroversi perkahwinan secara senyap dengan Aeril Zafrel.

Isu kontrak Wawa dan MIG  nampaknya sudah selesai apabila Wawa  sudah keluar daripada syarikat pengurusan tersebut secara rasmi sekitar Disember tahun lalu.

Jelas Wawa, walaupun tidak berbincang empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mengenai hal itu namun mereka ada berhubung melalui surat, dan pihak MIG telah sedia maklum tentang pengundurannya.

“Saya ada menghantar surat mengatakan saya ingin keluar daripada MIG dan mereka juga melepaskan saya dengan cara baik. Secara hitam putih, saya sudah tidak bersama MIG sejak beberapa bulan lepas dan aktiviti seni saya bakal diuruskan oleh suami. Saya anggap perkara ini sudah selesai,” kata isteri kepada pelakon Aeril Zafrel yang kini lebih memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai seorang ibu muda.

“Saya ingin memberi fokus pada anak dulu. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang lebih tenang disamping anak dan suami yang penyayang. Saya sangat bahagia,”

Wawa kini sibuk menjaga anaknya yang berusia 7 bulan, Ahmad Fakharuddin Attar.

Wawa sedang  menjalankan perniagaan butik pakaian muslimah, Minaz Boutique sejak Januari sekali gus menjadi duta untuk jenama tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold