Tribute Untuk Kapten Zaharie Ahmad Shah

Siapa sebenarnya Kapten Zaharie Ahmad Shah, satu tribute telah dibuat khas untuk beliau. Zaharie Ahmad Shah Kapten Juruterbang MAS MH370 yang telah menjadi perintis kepada syarikat penerbangan sejak tahun 1981 lagi.

Zaharie, 53 berasal dari Pulau Pinang digambarkan seorang yang sangat meminati bidang penerbangan. Dia mempunyai beberapa koleksi kapal terbang kawalan jauh dan helikopter mini di rumah. Apabila tidak bertugas dia akan menerbangkan kapal terbang kawalan jauh atau menggunakan simulator yang khas di rumahnya.

Simulator kapal terbang Boeing 777 di rumahnya yang disediakan sendiri

Kapten Zaharie, bekas pelajar Penang Free School ini juga sangat suka memasak dan selalu berkongsi apa saja makanan yang dimasakanya.Lihat gambar beliau menunjukkan bakat memasak.

Beliau sangat disegani di kalangan kakitangan MAS berdasarkan pengalaman, kemahiran, dan kepakaran beliau dalam penerbangan, memiliki lebih daripada 18,000 jam pengalaman di udara.

Seorang rakan baik Zaharie, Ritzeraynn menyifatkan beliau seorang yang peramah dan baik hati. Mereka bertugas bersama sama pada tahun 1981.

Capt Abdul Manaf Hasan pula menggambarkan Zaharie sorang pilot yang superb kerana banyak pengalaman terutamanya mengenai B777.

Jalil yang juga senior Zaharie semasa bersekolah, yang kini bertugas sebagai guru di Penang Free School sangat sedih mendengar berita mengenai kehilangan pesawat MAS. Bercerita tentang Zaharie, beliau dahulunya belajar di kelas Tingkatan 5 Sains2 , sebuah kelas yang terdiri dari pelajar-pelajar yang bijak .

Penyanyi Mila Jirin mengenali Kapten Zaharie

Mila komen di instagramnya

Allah bantulah kami… Agar dapat kami berjumpa dengan mereka semua… Masih segar diingatan betapa Captain Zahairie adalah seorang yang sering tersenyum, humble dan peramah…suka memasak juga… pernah la rasa gulai ikan penang masakan abg zahairie… Ya Allah hanya padamu kami berserah… Kami redha dengan apa jua ketentuanmu…tabahkan lah keluarga beliau dan semua keluarga2 yang terlibat. 

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika berkongsi gambar-gambar melucukan dengan kumpulan media sosial WhatsApp pada Jumaat, kata seorang rakan.

Gambar-gambar lucu itu dikongsi beliau pada pagi Jumaat dan itulah kali terakhir Zaharie berkomunikasi dengan kami anggota Kelab Peminat Mila AF5 atau Da Voice of Mila (Davom), kata Wahida Zamri, 27, kepada Bernama hari ini.

Wahida berkata, beliau mengenali Zaharie menerusi Davom sejak lima tahun lepas.

“Abang Zaharie tidak pernah melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelab termasuk mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.

“Beliau sering menghubungi anggota kelab menerusi WhatsApp untuk berkongsi tentang aktiviti kelab namun beliau jarang bercerita mengenai tugasnya,” kata Wahida yang menyifatkan Zaharie sebagai seorang yang pendiam namun ringan tulang.

“Kami semua terkejut apabila mengetahui beliau menerbangkan pesawat itu,” kata Pembantu Tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu. – Bernama

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold