Sidang Media: PM Sahkan MH370 Terbang dan Berakhir di Lautan Hindi

Pada sidang media 24 Mac 2014, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak  telah mengumumkan pihak AAIB UK telah memaklumkan pada beliau dan berdasarkan data data AAIB, pesawat MH370 telah disahkan terbang  dan berakhir di lokasi  Selatan Lautan Hindi iaitu di kawasan Barat Australia.

 

Sebelum sidang media diadakan, Najib menulis di twitternya, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu melalui panggilan telefon  mengenai dua objek yang dijumpai.
Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Petikan berita penuh :

Kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

“Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

“Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

“Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini,” katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

“Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi,” katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Sumber : Astro Awani

Kehilangan pesawat MH370 menjadi sejarah dalam dunia penerbangan dan kini menjadi tragedi dan titik hitam dalam sejarah negara kita yang tak akan dapat dilupakan.

Semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Pengguna media sosial meluahkan rasa sedih mengenai berita yang baru diumumkan sebentar tadi. Sedekahkan Al fatihah kepada mangsa yang terlibat.

 

 

Tumpuan seterusnya ialah operasi mencari kotak hitam pesawat MH370.

Artikel berkaitan : Lautan Hindi Lautan Terpencil dan Bergelora

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold