Sidang Media: Pesawat MH370 Mungkin Cuba Patah Balik

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini sedang disiasat kemungkinan ia cuba berpatah balik kerana menghadapi masalah tertentu sebelum terputus hubungan dengan komunikasi menara kawalan.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sepanjang malam tadi beliau mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 dan memaklumkan fokus utama ketika ini ialah untuk mencari lokasi pesawat itu.

 
“Keutamaan kita sekarang, suka atau tidak suka ialah untuk mencari pesawat dan itu merupakan tumpuan kita.
“Dalam hal itu juga, saya hendak maklumkan bahawa kemungkinan kapal terbang ini (MH370) terpaksa berpatah balik turut diambil kira dalam perbincangan kita bermakna bahawa dalam usaha kita mencari dan menyelamat kita mesti memperluaskan lokasi-lokasi tumpuan,” katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.

Menurut beliau yang juga Menteri Pertahanan, isu penggunaan pasport palsu oleh dua orang penumpang yang menggunakan identiti seorang warga Itali dan warga Austria, beliau berkata perbincangan telah dilakukan dengan agensi risikan tempatan dan juga antarabangsa.

Bagaimanapun pada sidang media sebentar tadi, Hishammuddin memaklumkan ada empat nama sedang disiasat atas kes pasport palsu berkenaan dan ia sedang disiasat melibatkan kesemua penumpang dan bukan sahaja mereka yang dirasakan mencurigakan.
 
“Dari segi pasport yang palsu, malam semalam saya telah berbincang dengan agensi risikan kita dan antarabangsa, saya boleh mengsahkan agensi risikan antarabangsa telah bersetuju untuk bekerjasama dan melibatkan unit anti-pengganas masing-masing.
 

“Kita melihat tragedi ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diambil mudah dan mengambil kira apa jua kemungkinan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan laporan pihak berkuasa Vietnam berkenaan dua tompokan minyak tetapi tiada serpihan bangkai pesawat MH370 ditemui di kawasan berkenaan.
Ia dikesan semalam oleh pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam dengan tompokan itu masing-masing sepanjang 10km dan 15km dengan jarak antara keduanya kira-kira 500 meter.
“Sah, memang ada tompokan minyak tetapi tidak ada serpihan pesawat dan sekarang, pesawat-pesawat Vietnam telah pun terbang ke sana untuk mengenalpasti minyak yang berada di perairan itu datang daripada pesawat berkenaan (MH370),” katanya.
Menjawab pertanyaan wartawan adakah kapal selam milik Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak akan dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat, Hishammuddin berkata kapal selam berkenaan tidak dilengkapi dengan kelengkapan operasi sebegitu.
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diteruskan lagi untuk hari kedua hari ini selepas 24 jam hilang sejak semalam.

Pilot  Captain Zaharie Ahmad Shah, 53 dan co Pilot Fariq Abdul Hamid, 27.

Pengguna media sosial menyampaikan mesej melalui gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold