Sidang Media Hanez Suraya Mahu Isteri Romie Minta Maaf

Kontroversi Hanez Suraya dikatakan perampas suami orang sudah terjawab dalam sidang media semalam. Hanez Suraya hadir bersama peguamnya dan kekasihnya Romie Razin Adilha, 34 juga hadir dengan peguamnya sendiri, Rubiah Jaafar.

Sejak isu panas yang melanda Hanez Suraya yang dikatakan perampas suami orang, pengguna laman sosial seperti twitter dan instagram menghentam pelakon Hanez Suraya dan banyak komen negatif yang dapat dilihat. Kebanyakan komen adalah lebih menyokong isteri kepada Romie dan menghentam Hanez yang dikatakan tidak ada rasa malu dan bersalah mempunyai hubungan dengan suami orang.

 

Romie masih lagi suami kepada Nurliyana Manan dan mempunyai 2 orang anak. Romie telah memberikan kenyataan yang rumahtangga mereka sudah bergolak sebelum dia mengenali Hanez.


Kenyataan Romie
“Saya minta maaf kerana segala kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri saya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana saya mengenali Hanez selepas rumahtangga saya bergolak.

“Saya berkenalan dengan Hanez pada Disember tahun lalu manakala rumahtangga kami bermasalah sejak tahun 2011 selepas dia sendiri memfailkan cerai dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013.

“Jadi saya harap, janganlah ada sesiapa yang kaitkan punca keretakan rumahtangga ini dengan Hanez lagi,”

LIYANA TUNJUK BUKTI PERCUTIAN HANEZ DAN ROMIE DI BANGKOK

Kenyataan Hanez Suraya

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini”

Hanez Suraya juga telah memberitahu bahawa kariernya juga turut terkena tempias dengan apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini,” katanya.

Bagaimana pula cerita kahwin ini boleh timbul?

Hanez: Soal kahwin ini timbul selepas pihak lelaki melamar saya. Asalnya saya hanya bercerita dengan kawan-kawan, tidak sangka pula dikeluarkan. Namun begitu, saya tidak beritahu bila dan dengan siapa, saya hanya katakan yang saya akan kahwin tahun ini. Mengenai isu duda pula, saya memberitahu rakan-rakan media perkara sebenar dan perkara itu off-record. Tapi penulisan mengenai duda itu tidak datang dari mulut saya. Walau bagaimanapun, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf atas perkara itu.

Bagaimana pula Hanez boleh mengambil gambar bersama anak-anak Romie dan Nurliyana dan meletakkannya di laman Instagram milik Hanez?

Isu letak gambar anak Liyana dan Romie

“Dalam instagram saya memang banyak gambar dengan budak-budak. Salah satunya adalah gambar saya dan kedua anak Mr. R. Pada awalnya orang-orang diluar tidak tahu siapa budak-budak itu. Tapi sendiri yang mendedahkan kerana marah dengan saya, semua jadi tahu siapa kanak-kanak itu. Saya faham perasaan ibu itu, sebab itu saya telah padamkan gambar tersebut dari Instagram saya”,

Kenapa Hanez teruskan berkawan bersama Romie walaupun tahu masalah yang dihadapinya belum lagi selesai?

Hanez: Saya tiada niat mahu ganggu, tapi saya rasa tidak salah untuk saya berkawan dengan dia. Dia pun mahu berkawan dengan saya. Saya rasa tak salah. Lainlah kalau pihak lelaki sudah mahu undur diri, saya pula masih terkejar-kejar. Dia jujur dengan saya, awal perkenalan, dia telah tunjukkan keikhlasan dirinya. Dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya, jadi perkara itu buat saya yakin. Dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya. Mengenai isu kereta pula, ada mengatakan Romie memberikan kereta jenis Alphard Vellfire kepada saya. Saya sangkal perkara ini kerana saya membeli kereta itu sendiri. Kereta tersebut sudah saya gunakan pada bulan Ogos, sebelum mengenali Romie lagi.

Anda dihujani tohmahan setelah Nurliyana membuat pendedahan. Adakah perkara ini membuatkan anda tertekan dan apa yang Romie lakukan untuk menenangkan anda?

Hanez: Saya sedih kerana mereka menghakimi sebelum tahu apa isi kandungan cerita di pihak saya. Kini semua sudah tahu, mereka boleh nilai sendiri. Apa yang pihak luar mahu katakan selepas ini, terpulanglah kepada mereka. Mengenai tindakan yang Romie lakukan, walaupun saya dihimpit dengan hinaan dan kejian, dia ada dengan saya apabila saya perlu hadapi semua itu. Dia masih ada di samping saya dan berikan sokongan untuk saya kuat hadapi semua ini. Pihak yang rapat dengan saya tahu cerita sebenar. Saya hanya boleh pedulikan sahaja hinaan di luar. Dari segi karier, saya akui sedikit sebanyak terganggu dan ianya mengambil masa untuk memulihkannya.

Adakah pihak Hanez akan mengambil tindakan atas tuduhan sebagai perampas dan perosak rumah tangga yang dilemparkan kepada Hanez oleh Nurliyana?

Wan Nurliyana: Kalau perkara ini berlarutan, baru kami akan fikirkan. Tapi kalau pihak sana rasa mereka sudah bersalah, mereka harus mohon maaf.

Hanez: Perkara ini sudah melibatkan keluarga saya, melibatkan semua orang juga kerana satu Malaysia sudah tahu. Dia melakukan ‘pendedahan’ secara terbuka, jadi kalau pihak sana ingin memohon maaf, saya mahu secara terbuka juga. Mengenai tempoh pula, pihak saya dan peguam akan melihat dahulu bagaimana situasinya. Kalau mereka enggan memohon maaf, kita akan lihat dulu macam mana, belum tahu lagi.
Buat pengetahuan anda semua R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34 masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana dan mempunyai 2 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kes penceraian mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Sumber : rotikaya dan gua.com.my

 

Sedang menanti parodi yang akan dilakonkan oleh Jehan raja lawak dan Azrul (mukan mr R pun seiras Azrul :)  )

Baca: Kenyataan Liyana Manan isteri kekasih Hanez Suraya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold