Sharnaaz Sindir Fauzi Dah Buat Pemeriksaan Otak

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, mempunyai cara yang tersendiri dalam menyindir sekali gus membuat lawak jenaka.Cadangan daripada pelakon, Fauzi Nawawi, kepadanya agar mendapatkan rawatan kesihatan turut dipenuhi pelakon drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini. Menerusi laman sosial miliknya, Sharnaaz turut memuat naik foto dirinya berserta hasil ujian imbasan pemeriksaan otak.

Selain itu, Sharnaaz juga tidak terlepas untuk menulis ayat-ayat ‘pedas’ yang lebih menjurus ke arah sindiran halus.

“Saya dah buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiography). Scan otak pun dah.

“Di kawal rapi oleh Dr Sherrini dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)… Saya lulus, otak saya sihat dan juga ‘hensem’ otak saya. hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? halussssss,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz turut memberikan tempoh untuk pasangan pelakon berkenaan memohon maaf kepada ibunya, namun permintaan itu tidak diendahkan apabila Fauzi dan Lisdawati tidak berganjak daripada pendirian mereka.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut memberitahu bahawa dia akan bertindak menyaman pasangan berkenaan dengan kadar maksimum.

 *******************

Untuk pengetahuan, Dr Sherrini yang dimaksudkan oleh Sharnaaz ialah kakaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi di  PPUM.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold