Pesawat MAS MH370 KL – Beijing Hilang Tak Dapat Dikesan

Berita yang menggemparkan tanahair, pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu  sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang,pada pukul 2.40 pagi Sabtu.

Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara.

Ahmad Jauhari menasihatkan ahli keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza. Sementara itu, ‘Reuters’ melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya. MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa. Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

INFO TAMBAHAN

> Pesawat B777 dianggap sebagai ‘permaisuri di langit’ apabila diperkenalkan pada 1997.

> MAS telah merancang menggantikan 15 pesawat itu yang dianggap telah berusia menjelang 2018.

> MAS belum pernah kehilangan pesawatnya sama ada kerana kemalangan atau dirampas dalam sejarah perkhidmatannya melainkan insiden sebuah pesawatnya meletup di ruang udara Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977 mengorbankan kesemua anak kapal dan penumpang.

> Syarikat penerbangan itu mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang termasuk rekod penyelenggaraan pesawat.

Senarai nama anak kapal MAS yang hilang

Laporan mengenai kapal MAS terhempas yang dilaporkan pihak media Vietnam belum dapat disahkan lagi.

Laporan media yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Laut China Selatan kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu masih belum dapat disahkan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesahihan maklumat itu sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.

Sumber : Astro Awani
dan Mstar Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold