Nabila Huda Tempelak Nur Fathia Isu Tak Berdisplin

Selepas kisah Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati serta Fauzi Nawawi hangat diperkatakan, timbul pula isu pelakon utama Ariana Rose iaitu Nur Fathia yang dikatakan tak berdisiplin dan berlagak diva hingga membuatkan dia bertengkar dengan Jalena Rejab. Nur Fathia dikatakan bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.

Menerusi portal Metro Ahad semalam, Fathia tampil memberi penjelasan dan menafikan hadir lewat ke lokasi penggambaran namun tidak menolak dakwaan berlaku perbalahan dengan produser tersebut. Fathia enggan melakukan lakonan untuk promo untuk Ariana Rose.

 


Segala salah faham dipercayai berlaku apabila Fathia yang mempunyai tiga hari bercuti telah mengajak adiknya untuk bertemu di London.

Memandangkan jadual tidak terlalu padat, saya mengajak adik, Nur Fasiha yang menuntut di Kolej Trinity di Dublin, Ireland datang ke London tetapi sebelum itu sudah pun mendapat kebenaran produksi.

Selain Ariana Rose, ada penggambaran dua telefilem dan saya diminta menjayakan salah satu daripadanya bagi menggantikan produser Ziela Jalil.

Walaupun dimaklumkan saat akhir, saya tidak kisah kerana ia tidak menganggu jadual. Tak sangka pula penggambaran yang sepatutnya empat hari berlarutan tujuh hari. Kalau tahu dari awal saya tak akan ajak adik datang bertemu saya. Cuti yang sepatutnya tiga hari tinggal sehari saja disebabkan cuaca.

Pertengkaran antara pelakon dan produser itu kemudiannya meletus apabila Fathia enggan melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.

Kalau ikutkan, pada hari terakhir itu pelakon dan kru diberi pelepasan untuk buat aktiviti sendiri tetapi produser bersama, Jalena Rejab minta saya buat promo episod akhir Ariana Rose walhal saya sudah blok waktu itu untuk habiskan bersama adik.

Disebabkan saya tolak, berlaku pertelingkahan mulut antara kami. Sepatutnya mereka bertimbang rasa kerana adik saya datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa saya.

Bagaimanapun penjelasan Fathia sama sekali bercanggah dengan kenyataan dari Jalena yang ternyata mempunyai pendapat sendiri mengenai masalah ini.

Namun semalam menerusi laman Instagram, pelakon yang turut menjalani penggambaran di London bersama produksi tersebut, Nabila Huda telah meluahkan pendapatnya danĀ  menempelak kenyataan Fathia.

Nabila menegaskan adalah lebih baik pelakon cantik itu meminta maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.

Perkongsian jujur Nabila telah menyebabkan banyak komen yang menyokong dan ada juga yang tak setuju dengan kenyataan Nabila Huda. Komen dan pendapatĀ  daripada peminat kedua-dua beah pihak pelakon itu dan mencetuskan pertengkaran kecil di laman sosial.

******************

Bidang seni di Malaysia ini kecil sahaja, kalau bermasam muka dan bergaduh, pusing pusing akan bertemu muka juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold