Mencari MH370 Jangan Sampai Syirik

Usaha mencari pesawat MAS yang hilang masih diteruskan, kadang kadang semakin mendebarkan atau semakin keliru. Kalau kita yang tidak ada kaitan atau bukan warga keluarga saudara yang rapat dengan mangsa yang hilang ini merasai kebingungan dan rasa risau..apatah lagi mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari MH370, dengan teknologi dengan kepakaran dan semalam ada berita dilaporkan mengenai kedatangan raja bomoh Ibrahim Mat Zain ke KLIA .

Admin tidak mahu mengulas hal berkenaan raja bomoh itu. Apa pun usaha kita, diharapkan tidak lah sampai terpesong.

Ini dari nasihat umum dari Mufti Pahang. Kata Mufti Pahang ,jangan sampai syirik

“Meminta pertolongan jangan sampai syirik,” nasihat Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman kepada orang ramai terutama keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 supaya tidak meratapi musibah seolah-olah mempertikaikan ketentuan Tuhan.

Abdul Rahman berkata, orang ramai terutama keluarga mangsa diingatkan tidak bertindak keterlaluan dengan meratap berlebihan, sebaiknya berdoa serta melakukan solat hajat meminta pertolongan Allah.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mahu meminta pertolongan daripada jin atau syaitan supaya pesawat berkenaan ditemui, boleh syirik kerana menyekutukan Allah.

“Sebagai umat Islam, kita perlu terima ketentuan Ilahi kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Dalam situasi ini, usaha, doa serta tawakal perlu dilakukan orang ramai dan keluarga mangsa supaya dipermudahkan untuk menemui kembali pesawat terbabit.

“Tindakan mempertikaikan ketentuan Allah atau meminta pertolongan daripada jin atau syaitan, adalah syirik dan berdosa besar. Oleh itu, elak bertindak secara keterlaluan hingga boleh menyekutukan Allah,” katanya.

 

sumber : Agenda daily

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mencari MH370 Jangan Sampai Syirik”

  1. Bungkilan says:

    Setuju sangat dengan peringatan Mufti tu. Adakah patut sampai bomoh pun datang siap dapat highlight lagi dari media.

    Bomoh tu cuma ambil kesempatan ja nak jadi terkenal.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold