Liyana Manan: Kenapa Saya Perlu Minta Maaf ?

Selepas pelakon Hanez Suraya membuat sidang akhbar bagi menjelaskan hubungannya dengan Romie Razin suami kepada Nurliyana Manan, dan menuduh Liyana mengaibkan dirinya dan Liyana perlu meminta maaf secara terbuka.Kini tiba kenyataan Liyana pula yang mempersoalkan Hanez Suraya mengapa dia perlu minta maaf?

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” tambahnya lagi.

Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini berkata yang kes curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu.

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri Mr R.

Sumber : Rotikaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold