Kenyataan Nurliyana Manan Isteri Mr R Kekasih Hanez Suraya

Semalam Liyana Manan tampil ke Melodi mendedahkan masalah dan kemelut hubungannya dengan suami dan campurtangan artis Malaysia seperti Hanez Suraya di mana tindakan Haneza Suraya berkongsi gambar anaknya di Instagram tidak boleh diterima sebagai ibu kepada 2 anaknya.

Bersama-sama ada beberapa keping gambar ekslusif di mana dilihat kelibat artis Malaysia yang sedang hangat ini, Hanez Suraya & suami Liyana Manan Mr. R (Romie Razin Adilha Bin Abdul Jais, Ahli Perniagaan berumur 34 tahun) pergi bercuti bersama-sama di Bangkok, Thailand.

Liyana nafi dia bercerai

 

“Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.

Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada saya. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.

Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.”

Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikan kami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.

Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.

Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, bukan saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarakat terus mendengar pembohongan Hanez.

Dulu saya dan suami bertapak dari bawah mengusahakan syarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.

Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.

Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R,”

Gambar percutian Hanez Suraya di Bangkok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold