Keluarga Fariq Pembantu Juruterbang Malaysia Yang Hilang Menanti di Rumah

Keluarga pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang hilang dilaporkan dalam perjalanan ke Beijing mengambil keputusan menunggu di rumah sehingga mendapat berita yang mengesahkan kejadian itu.

Saudara terdekat Fariq Abdul Hamid, 27, yang enggan dikenali, berkata meskipun syarikat penerbangan itu meminta waris penumpang serta anak kapal menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun mereka tetap menantikan pengesahan terkini dari rumah.

“Memang ada MAS bagi maklumat supaya semua waris penumpang serta anak kapal hadir ke KLIA untuk menunggu tetapi selagi belum dapat berita paling terkini dan pengesahan sendiri oleh MAS berhubung kejadian itu, kita akan tunggu dari rumah saja.

“Kita dapat maklumat mengenai kehilangan itu pagi tadi,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Fariq di Jalan Platinum 7/56, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Fariq, anak sulung Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor Ir Abdul Hamid Mad Daud, mempunyai pengalaman terbang selama 2,763 jam dan mula menyertai MAS pada 2007.

Abdul Hamid bagaimanapun enggan ditemui media yang berkumpul di depan rumahnya bagi mendapatkan komen beliau.

Pesawat itu, yang dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing), membawa 239 orang termasuk 12 kru
penerbangan.

Senarai penumpang dan anak kapal yang hilang SINI

Nombor untuk dihubungi

For family members and friends, you may contact this number for query :

Malaysia: +603 8787 1269 / +603 8787 1629

Press/Media Contact

Malaysia: +603 8777 5777

Public Contact

Malaysia: +603 7884 1234

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold