Kehilangan Pesawat MH370 Masih Misteri Kata Pakar

Penantian yang semakin mendebarkan dan masih lagi kekal misteri kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dan banyak negara turut sama sama membantu Malaysia.

Ikuti petikan berita misteri kehilangan pesawat MH370

Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada Sabtu kekal menjadi misteri.

Tiada laporan cuaca buruk atau petunjuk kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dari skrin radar pada 1.30 pagi selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 pagi.

Pakar aviasi merasa hairan bagaimana pesawat berkenaan boleh hilang tanpa dapat dikesan.

Satu sumber industri aviasi berkata juruterbang dilatih membuat panggilan kecemasan semasa menghadapi suasana cemas dengan keutamaan perlu diberikan kepada pesawat agar ia dapat mendarat dengan selamat.

“Sesuatu yang ekstrem dan tiba-tiba mungkin telah berlaku di atas pesawat MH370 yang menghalang juruterbangnya daripada membuat pnggilan kecemasan. Ini kerana pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi alat ‘controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan,” katanya kepada Bernama tanpa enggan dikenali.

Namun beliau berkata kotak hitam pesawat mungkin boleh menjelaskan persoalan yang tidak terjawab.

Walaupun tiada tanda kehilangan MH370, pesawat itu menyertai sebilangan pesawat misteri yang tidak diketahui sehingga kini.

Antara kes terbaharu yang paling diingati ialah pesawat Air France yang membawa 228 penumpang dari Brazil ke Peranchis yang hilang dalam ribut di Lautan Atlantik pada 2009.

Pesawat Airbus A330 itu menghantar mesej secara automatik empat jam selepas ia berlepas dari Rio de Janeiro, melaporkan berlaku litar pintas. Ia kemudiannya hilang daripada radar. Ia ketika itu difikirkan telah terkena panahan petir.

Bangkainya ditemui dua tahun kemudian beserta 104 mayat.

Mayat 74 penumpang kekal tidak ditemui, demikian menurut Mirror Online, yang berpangkalan di United Kingdom.

Pengembara Amerika, Amelia Earhart hilang pada Julai 1939 semasa percubaannya untuk mengelilingi dunia. Teori popular yang tersebar ialah kapal terbangnya terhempas ke dalam lautan dan tidak pernah ditemui, menurut harian Mirror online yang berpangkalan di United Kingdom.

Pesawat British South American Airways (BSAA), Star Tiger hilang semasa terbang dari Santa Maria, Azores ke Bermuda pada 30 Jan 1948.

Satu lagi pesawat BSAA, Star Ariel, hilang semasa penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Jan 1949.

Kejadian ‘terhempas’ ini sekiranya disahkan, akan menandakan kejadian terburuk pesawat buatan Amerika sejak ia memulakan perkhidmatan 19 tahun lalu. Ia mungkin berupa kemalangan kedua melibatkan Boeing 777 dalam tempoh kurang daripada setahun.

Pesawat Asiana Airlines Boeing 777-200ER terhempas semasa mendarat di San Francisco pada Julai 2013, membunuh tiga penumpang dan lebih 180 orang cedera.

sumber — BERNAMA

 

 

Dua pakar kejuruteraan menyifatkan kehilangan pesawat MH370 sebagai sesuatu yang misteri.

Ini berdasarkan fakta pesawat terbabit mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat kecemasan biarpun selepas kehabisan bekalan kuasa.

Malah kehilangan pesawat tersebut dari radar secara tiba-tiba, dan kegagalan mengesan sedikitpun isyarat pesawat berkenaan, adalah di luar kebiasaan.

Pandangan dinyatakan Pakar Kanan Institut Penerbangan dan Teknologi Malaysia, Ahmad Maulan Bardai dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sumber Astro Awani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold