Kehilangan Pesawat Boeing 777-200 Jadi Tumpuan Dunia

Penerbangan MH370 dengan model pesawat Boeing 777-200 yang hilang awal pagi Sabtu 8 Mac 2014 sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku. Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

Kedudukan terakhir MH370 sebelum hilang daripada radar adalah 065515 utara (longitude) dan 1033443 timur (latitude). Usaha mencari dan menyelamat tertumpu di lokasi terbabit untuk mengesan peswat tersebut, bagaimanapun ketika ini masih buntu.

Info mengenai pesawat model Boeing 777-200

  • Pesawat 777-200 itu, yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia.
  • Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang bagi jarak yang sangat jauh.
  • Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam.
  • dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi 12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282 penumpang.
  • Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan perkhidmatannya.
  • Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000.

Sumber Bernama

Jawapan mengapa pihak MAS lambat memberikan maklumat dan penerangan

 

Antara keluarga mangsa yang hilang

Pasangan Norli Akmar dan , Mohd. Razahan Zamani.

 

Pasangan Norli Akmar mahu berbulan madu ke Beijing antara yang hilang

Operasi Menyelamat Tertumpu di Laut China Selatan

Keluarga Fariq, Pembantu Juruterbang Menanti Berita di Rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold