Kapten Norudin- Dua Cara Untuk Jumpa Semula MH370

Semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh, untuk 3 hari lepas kita melihat banyak negara secara rela menawarkan bantuan dengan pelbagai cara dan peralatan. Seluruh negara mengadakan solat hajat, berdoa dan memohon petunjuk agar pesawat MAS MH370 dijumpai semula.

Semalam Kapten Norudin Abd Majid, bekas juruterbang B777 Fleet Mas, juga CEO Jet Premier One (jet persendirian untuk  vvip)diundang oleh TV3 bagi membincangkan kehilangan MH370. . Untuk pengetahuan, Kapten Norudin sering membaca hadis di dalam jet vip yang diterbangkannya, dan peramugari yang bertugas pula dalam jet itu  adalah yang menutup aurat.

Kapten Norudin juga ketua pilot MAS , beliau membawa pulang pesawat B777 ketika mula dibeli, dan  membuat ujian penerbangan ke atas B777.

 

Dalam wawancara di Tv3  sempat memberikan kata kata akhir dan pandangannya yang tidak diberikan oleh mana mana pakar penerbangan luar, kejadian kehilangan pesawat ini adalah satu fenomena yang jarang berlaku..beliau menyatakan hanya ada DUA CARA untuk kita  menjumpai semula pesawat MH370 yang hilang iaitu

Pertama, doa daripada orang – orang yang soleh, yang dekat dengan Allah s.w.t dan kedua, doa dari ahli keluarga yang sedang bersedih.

Sebahagian wawancara antara TV3 dan Kapten Norudin:

Host: “Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?”
Kapten. Noruddin: “ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: “Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?”
Kapten. Noruddin: “DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU”.

 

Dalam wawancara semalam, biarpun Kapten Norudin seorang yang berpengalaman atau pakar dalam penerbangan, beliau tidak hanya mengeluarkan pandangan mengenai fakta sains dan teknologi sahaja, bahkan berkongsi dengan kita semua yang kita ini hamba Allah perlu bergantung dan memohon serta mendekatkan diri kepada Allah juga. Semoga ini menginsafkan kita semua.

Sebagai orang Islam kita percaya semua yang berlaku telah ditakdirkan berlaku. Kita percaya pada qada dan qadar. Disamping kita berusaha mencari dan melakukan apa yang termampu, kita juga perlu memohon dan berdoa pada Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang Maha Agung.

Seperti firman Allah dalam

Surah al Mu’min Ayat 60 :
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Surah Al An’am Ayat 59:
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.

Yakinlah sesungguhnya Allah perancang yang terbaik dan susunan Allah terbaik untuk hambanya.

 

Baca:  Kapten Norudin Abd Majid  : Di mana Sains Berakhir di Situ Kuasa Allah Bermula

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kapten Norudin- Dua Cara Untuk Jumpa Semula MH370”

  1. akubiomed says:

    Hanya bantuan dari Allah Maha Kuasa dapat merungkai kehilangan MH370 ini.
    akubiomed recently posted..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold