Kad Kahwin Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Diedar 2 Minggu Lagi

Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akan dilangsungkan pada  8 Mac ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night. Kad kahwin mereka juga sudah ditempah khas dari  Jakarta dan akan diedarkan dua minggu lagi.

Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara kira-kira pada pukul 10 pagi. Manakala, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

Gambar kad kahwin Syamsul dan Puteri Sarah

Syamsul Yusof mahu berjubah untuk persalinan pengantin

Kata ibu Syamsul,

“Semasa hari pernikahan dan majlis resepsi pengantin perempuan nanti Syamsul hanya pakai jubah kerana dia yang minta untuk pakai pakaian itu.

“Manakala majlis menyambut menantu pula bertemakan warna putih dan merah jambu,”

Dalam pada itu, ditanya tentang penaja, kata Patimah, mereka tidak mengambil mana-mana penaja untuk majlis resepsi tersebut.

Syamsul tidak terima sebarang tajaan

Perkara tersebut juga atas permintaan Syamsul yang mahu majlis berjalan dalam keadaan yang sederhana.

“Memang ada pihak yang mahu menaja majlis ini, namun Syamsul sudah beritahu awal-awal bahawa dia mahu majlis tersebut dilakukan oleh keluarga tanpa sebarang tajaan,” kata ibu Syamsul.

Sementara itu pernikahan adik Syamsul iaitu Syafiq dan bakal isterinya Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold