Hanez Suraya Tempat Luahan Masalah Rumahtangga Romie

Sejak petang semalam, jejaka yang dikenali sebagai Mr. R menjadi tumpuan bukan sahaja media tetapi turut menjadi bualan ramai peminat dunia hiburan tanah air apabila beliau turut hadir pada sidang media yang diadakan oleh kekasihnya, aktres Hanez Suraya.

Sidang media khas tersebut bertujuan menjelaskan kontroversi lelaki tersebut didakwa suami orang. Sekaligus Hanez dituduh sebagai perampas hingga menyebabkan rumah tangga yang dibina oleh lelaki itu bersama wanita yang dikenali sebagai Nurliyana Abdul Manan, retak.

Pada sidang media tersebut, Mr. R atau nama penuhnya Romie Razizan Adilha berkata, pergolakan rumah tangganya bukan berpunca daripada Hanez seperti yang didakwa oleh isterinya. Sebaliknya konflik mereka suami isteri telah tercetus sejak lapan bulan lalu, sebelum beliau mengenali dan bercinta dengan Hanez lagi.

Mr. R yang juga merupakan seorang kontraktor turut mendedahkan beliau dan isteri sudah tidak tinggal sebumbung sejak 15 Ogos 2013, dan mengatakan isterinya sendiri yang keluar dari rumah. Malah Mr. R juga memberitahu isterinya sudah dua kali memfailkan cerai dan sebab isterinya menuntut cerai bukan kerana soal orang ketiga.

“Ya saya belum bercerai. Tapi kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak Ogos tahun lalu. Dia (isteri) yang keluar dari rumah. Rumah tangga kami sudah bermasalah sejak 8 bulan lalu dan ia bukan berpunca daripada Hanez.

“Sebenarnya sebelum ini sudah dua kali isteri saya memfailkan cerai. Kali pertama pada 1 April 2011 dan kedua pada 8 Oktober 2013. Sebelum ini punca dia nak bercerai tiada satu pun berkait denggan soal orang ketiga. Tiba-tiba saja dia buat kenyataan punca keretakan rumah tangga kami kerana orang ketiga. Malah dia mengggunakan saluran media untuk mengaibkan saya.

“Sedangkan saya mengenali Hanez Suraya pada 20 Disember 2013 di sebuah majlis di UiTM Shah Alam. Sebelum itu saya hanya meminati dari jauh selepas menonton drama ‘Love You Mr. Arrogant’”,katanya ketika ditemui pada sidang media bertempat di Hotel One World, Damansara, petang semalam.

Selain Hanez dan Mr. R, sidang media yang berlangsung dalam suasana cukup tenang itu turut dihadiri peguam Hanez, Wan Nor Liyana Abdul Rahman juga peguam Mr. R, iaitu Rubiah Jaffar.

Sepanjang perkenalan mereka, Mr. R memberitahu beliau banyak berkongsi masalah rumah tangganya dengan Hanez dan aktres cukup memahami keadaannya. Mr. R juga mengakui telah melamar Hanez selepas dua bulan perkenalan mereka. Keputusan mahu mengahwini Hanez dibuat selepas yakin pelakon ‘Autumn in My Heart’ itu dapat memberikan kebahagiaan kepada dirinya.

“Selama 8 tahun saya hidup saya bahagia bersama isteri saya. Tiba-tiba kebahagian kami hilang tanpa sebab yang kukuh. Semasa kali pertama dia memfailkan cerai, saya sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terhadap konflik rumah tangga kami. Tapi usaha saya selama tiga bulan hanya sia-sia apabila dia tetap juga mahu memfailkan cerai kali kedua.

“Sejak kenal Hanez, saya sering bercerita tentang masalah ssaya dan dia memahami situasi saya. Sebagai manusia biasa, saya juga ingin hidup bahagia dan saya teruja nak kongsi kebahagian dengan orang lain. Ya, saya melamar dia tetapi bukan secara rasmi. Saya juga sudah berjumpa dengan keluarga Hanez dan saya juga membawa dia berjumpa dengan keluarga saya tanda hubungan kami serius”, tuturnya.

 

Akui pergi ke Bangkok
Sementara mengenai dakwaan Nurliyana mengatakan dia dan Hanez Suraya dikatakan bercuti bersama di Bangkok, Mr. R mengakuinya.

“Ya saya pergi ke Bangkok dengan Hanez tapi kami pergi pada Januari lalu bersama 7 lagi rakan termasuk adik Hanez”, katanya.

Dalam pada peguam Mr. R, Rubiah berkata, isteri Mr. R tidak sepatutnya menyebarkan gambar percutian anak guamnya dan Hanez di Bangkok kepada pihak media kerana bukti tersebut telah ditolak oleh mahkamah sejak dari awal lagi. Bahkan mahkamah telah mengarahkan isterinya agar tidak memberi sebarang komen di media apatahlagi menyebarkan gambar tersebut. Pihaknya juga telah menghantar notis amaran kepada Liyana tetapi wanita itu tidak menghiraukan hal tersebut.

“Ada ulasan yangg benar dan ada ulasan yang tidak benar daripada pihak di sebelah sana (isteri Mr. R). Terutamanya gambar percutian anak guam saya bersama Hanez yang disebarkan pada media itu sebenar gambar yang tidak diluluskan oleh mahkamah. Malah mahkamah mengarahkan agar gambar itu tidak boleh disiarkan di mana-mana kerana fakta yang dikemukakan belum lagi dibuktikan. Bahkan gambar itu tidak ada kena mengena dengan kes.

“Tetapi pihak di sebelah sana telah menyebarkannya kepada pihak media dan ini beerti pihak sebelah sana telah dianggap menghina mahkamah. Pihak kami juga telah menghantar notis kepada pihak di sebelah sana tetapi tidak dihiraukan. Sebaliknya beliau terus berdegil dengan membuat kenyataan-kenyataan di media”, kata Rubiah

Sumber : Malaysian Digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold