Gambar Majlis Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah

Tahniah kepada pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Dengan sekali lafaz, Syamsul Yusof sah menjadi suami kepada Puteri Sarah dengan mas kahwin RM1, 111.00. Majlis akad nikah telah  berlangsung di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara tepat jam 10.30 pagi tadi.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Syamsul menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Puteri Sarah pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Hantaran

Kedua pengantin menerima hantaran 7 dulang dari pihak lelaki dan 9 dulang dari pihak perempuan. Majlis pernikahan itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai Megat Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail. Selain yang turut dihadiri oleh 200 tetamu lain termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan para media.

Tangan Syamsul masih lagi ada drip

Majlis resepsi

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan yang sepatutnya akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam malam ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian berikutan keadaan kesihatan pengantin lelaki yang tidak mengizinkan.

Syamsul dimasukkan ke hospital Gleneagles pada Selalu selepas disahkan menghidap demam denggi.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.

Syafiq yang telah mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012 akan melangsungkan perkahwinan pada 5 April depan.

VIDEO AKAD NIKAH Syamsul dan Puteri Sarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold