Dua Objek Dikesan Satelit di Selatan Lautan Hindi

MH370 kembali menjadi trending di twitter di Malaysia dan juga di Australia apabila Perdana Menteri Australia membuat pengumuman di Parlimen di Canberra awal hari ini bahawa imej satelit telah berjaya merakamkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac. Objek itu dikesan pada 16 Mac lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan wakil Australia bagi mengesahkan penemuan 2 objek melalui satelit berkait dengan pesawat MH370. Beliau berharap petunjuk terbaru itu dapat membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.

Jika dua objek itu disahkan milik pesawat MH370, keluarga mangsa akan diterbangkan ke Austrlia.

 

Agensi berita Reuters memetik Abbot sebagai berkata “Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu.”

Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.

Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.

Objek itu sepanjang lebih kurang 24 meter dan satu lagi berukuran 5 meter.

Selepas berita penemuan objek itu kapal milik tentera laut AS P8 Poseidon dihantar ke tempat yang dipercayai boleh memberikan petunjuk lanjut dalam usaha mengesan MH370, dirakam oleh satelit. Usaha mencari pesawat MH370 agak sukar kerana cuaca.

Sebanyak 18 kapal dan 29 pesawat serta 6 helikopter telah dikerahkan ke kawasan pencarian objek.

Jarak tempat objek itu ditemui ialah sejauh kira-kira 2500 km dari Perth dan mengambil masa 3 jam penerbangan.
Pengguna laman sosial di dalam dan luar negara berharap kali ini penemuan objek asing itu akan memberikan jawapan kepada pencarian MH370 yang sudah masuk hari ke 13.
Mantan Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Tan Sri Suleiman Mahmud berkata imej satelit yang dirakam pada 16 Mac itu berkemungkinan telah berubah dari segi arah dan lokasi asal sebelum ianya ditemui.

“Imej satelit yang kita sudah terima tadi itu menunjukkan imej ini telah dirakam pada 16 Mac lalu yang lalu dan setelah empat hari, ianya telah berubah arah dan lokasinya kerana ianya banyak bergantung pada cuaca dan arus lautan di kawasan tersebut,” kata Suleiman kepada Astro Awani.

Beliau yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam TUDM itu dari tahun 2001 hingga 2003 menambah objek tersebut mungkin telah dipukul arus antara 120 hingga 130km dan menyebabkan ianya terapung-apung di luar kawasan asalnya itu.

“Apapun penemuan ini dapat menggalakkan dan memberi motivasi yang agak tinggi dan semangat baru kepada mereka-mereka yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370 kerana sudah masuk hari ke-13 operasi dijalankan tanpa menemui sebarang petunjuk yang positif,”.

Sumber Astro Awani
Info tambahan:
Saiz dan ukuran Boeing 777-200:
  • Wing span: 60.9 metres
  • Overall length: 63.7 metres
  • Tail height: 18.5 metres
  • Fuselage diameter: 6.19 metres

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold