APMM Sahkan Tumpahan Minyak Berhampiran Lokasi Terakhir MH370

Berita terbaru yang diterima, dilaporkan sebuah pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika di selatan, lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370.  GAMBAR di bawah kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali, Kota Baru, Kelantan

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish yang menyertai operasi tersebut berkata, pasukannya menemui dua atau tiga tompok sepanjang 10 batu dan berwarna kekuningan kira-kira 11 pagi Ahad.

“Sebuah kapal telah dihantar ke lokasi tumpahan minyak itu untuk mengambil sampel supaya kita boleh mengenal pasti sama ada minyak tersebut adalah minyak dari pesawat tersebut,” katanya.

Gambar jelas kelihatan kesan tompokan minyak berhampiran lokasi terakhir kehilangan pesawat MAS MH370

Kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali, Kota Baru, Kelantan yang disyaki milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Sabtu.

Baca : Pesawat MAS MH 370 kemungkinan berpatah balik

China dakwa menjumpai serpihan dikhuatiri pesawat yang hilang di pesisir laut Pantai Timur Barat Malaysia

Gambar serpihan yang sempat dirakamkan  dari pesawat penerbangan lain oleh penumpang dalam perjalanan KL- Beijing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold