Akaun Palsu Jasmine Johari

Kalau semalam ramai orang bersimpati dengan remaja bernama ‘Jasmine Johari’ kini orang mengutuk kebiadapan dan perbuatan orang yang membuat akaun palsu dengan nama yang direka-reka dan membuat twit palsu hingga semua orang tertipu.

Berita dan laporan mengenai rintihan Jasmine Johari telah dipaparkan di laman web Astro Awani dan orang ramai juga memang mempercayai bila dah keluar berita macam tu.

Pengajaran kepada semua, segala info perlu disahkan terlebih dahulu, semalam Astro Awani pun sama tertipu dengan akaun palsu Jasmine Johari.

Akaun twitter palsu Jasmine Johari juga sudah ditutup. Gambar yang dimuatnaik itu dipercayai tiada kena mengena dengan insiden yang berlaku pesawat MH370. Gambar disalahgunakan dari akaun orang lain. Tiada ibu kepada Jasmine Johari di atas kapal tersebut. Ini hanya rekaan palsu seseorang yang hanya mahu bermain main di media sosial, mahu twitnya dijadikan trending.

 

Hairan juga admin semalam, gambar ‘ibu’ sama baya dengan anak.

Di saat orang lain kesedihan dan memanjatkan doa supaya dipermudahkan segala urusan mencari mereka yang hilang ada juga pihak yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan bodoh ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold