Zizan Razak Nafi Tinggal Serumah Dengan Emma Maembong

Belum reda gosip mengenai Zizan Razak dan Emma Maembong, sebelum ini mereka dituduh bermesra di dalam penerbangan dan kemudian muncul pula gosip kononnya jiran nampak Emma keluar dari rumah Zizan. Zizan kecewa kerana timbul fitnah mengenai dirinya dan Emma. Sepatutnya jirannya itu selidik dahulu sebelum membuat tuduhan.

 

Pelawak Zizan Razak menyelar individu yang mendakwa jirannya apabila menuduh dia dan aktres Emma Maembong bersekedudukan sejak enam bulan lalu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.

“Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan lebih elok individu tersebut datang berjumpa saya sendiri dan minta penjelasan dan bukannya menyebarkan fitnah.

“Dalam Islam sendiri menegah kita membuka aib seseorang kepada orang lain apatah lagi dengan membuat fitnah seperti itu,” katanya kepada mStar Online.

Zizan ditemui selepas Anugerah Meletop yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Sabtu lalu.

Pada acara itu Zizan membolot empat anugerah selain menerima wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000.

Dalam perkembangan sama, Zizan mengakui Emma ada bertandang ke rumahnya tetapi ketika ibu dan ahli keluarga lain berada di rumah.

Jelas Zizan, dia bukan tinggal bersendirian di rumah tersebut sebaliknya abang dan pembantu peribadinya turut tinggal bersama.

“Ibu saya sering berada di rumah berkenaan dan Emma hanya akan datang sekiranya ibu saya ada di sana untuk melawat dan bertanya khabar.

“Tidak masuk akal mengatakan kami tinggal bersama,” katanya.

Jelas Zizan, walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan namun dia tidak cepat melatah kerana ibunya lebih mengenali siapa diri dia yang sebenar.

“Ibu tahu segala-galanya mengenai saya dan dia sering menasihati saya supaya bersabar menempuh dugaa.

“Ibu lebih percayakan saya sebab saya tak pernah sorok apa-apa pun daripadanya,” kata Zizan.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Fesyen Meletop kerana tidak merasakan dirinya sebagai seorang yang pandai berfesyen.

Jelas Zizan, dia yang lebih gemar berpakaian ringkas tidak akan mengubah cita rasa fesyen secara mendadak hanya kerana memenangi anugerah berkenaan selepas ini.

“Saya sebenarnya tidak menyangka akan menang dalam kategori Fesyen Meletop kerana saya bukan seorang yang terlalu mengikuti perkembangan fesyen sebaliknya lebih selesa dengan gaya ringkas tetapi kemas.

“Saya selesa dengan fesyen sekarang kerana ini adalah diri saya yang sebenar,” ujarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold