Video Penjelasan Kenapa Sharnaaz Tengking Lisdawati

Sharnaaz telah memberikan penjelasan mengapa dia menengking Lisdawati di set pengambaran Bukan Kerana Aku Tak Cinta hingga Fauzi Nawawi melaporkan dia diugut oleh Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz ditemubual oleh pihak media, telah menceritakan hal di set pengambaran sewaktu dia melakonkan babak di mana Iqram Dinzly perlu menyerang Jebat dan babak itu tidak jadi apabila Sharnaaz dan Nelydia terkejut.

Beberapa pelakon dan kru hanya ketawa kecil tetapi Lisdawati telah mentertawakan Sharnaaz sambil mengeluarkan ayat seperti ‘pondan’ hingga membuatkan Sharnaaz naik angin.

Sebelum itu Sharnaaz mendakwa dia ada mendengar Lisdawati menjaja kisah percintaannya dengan Shila di set dan dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengerti kenapa Lisdawati seperti ada perasaan tidak puas hati kepadanya sepanjang mereka berlakon bersama.

Mungkin Sharnaaz tidak tahan sabar dengan mulut kepoh Lisdawati dan ketika pengambaran itu dia mengaku sangat penat dan akhirnya dia tertengking Lisdawati

dengan perkataan “Diamlah kakak!”

Sharnaaz mengaku ada menengking dan meninggikan suara tetapi dia telah meminta maaf di dalam video itu.

Dia juga mahu Fauzi Nawawi meminta maaf kepadanya kerana menggelarkan dirinya dengan perkataan yang menghina dan menyebut soal ibunya.

Jika Fauzi dan Lisdawati tidak meminta maaf kepadanya dia tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkamah.

mesej yang ditunjuk oleh Sharnaaz

Mesej yang ditunjuk oleh Fauzi

Lihat Video penjelasan Sharnaaz Ahmad ketika disoal pihak media

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Kata Sharnaaz dia tidak akan membiarkan pihak lain menyentuh hal keluarganya.

Tak apa lah kalau dia (Fauzi) tak nak minta maaf, kita jumpa di mahkamah. Saman tetap saman. Saya harap selepas ini dia diam, saya pun dah tak sabar nak beli baju baru masuk mahkamah.

“Kita tengok nanti apa yang dia nak tegakkan, kalau bagi dia perkataan itu tak kurang ajar tak apalah. Saya cuma nak fight untuk keluarga saya.”

Lisdawati pula mempersoalkan mengapa Sharnaaz mendengar cakap pihak ketiga atau cakap cakap orang yang telah menimbulkan salah faham antara mereka.

Video Lisdawati

Nampaknya isu ini akan berpanjangan jika kedua dua pihak tidak mahu mengalah dan memohon maaf.

Baca: Sharnaaz tak sabar nak beli baju baru ke mahkamah

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Video Penjelasan Kenapa Sharnaaz Tengking Lisdawati”

  1. Mama Hanim says:

    harap dapat settle dgn baik la kan..
    Mama Hanim recently posted..Saya Rasa Terasing Dengan Ibu – Aishah Azizul Sweden (Gambar)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold