Siti Elizad Semakin Cun

Pelakon Siti Elizad,  sebelum ini  lama menyepi dari dunia lakonan kerana terpaksa berkorban menjaga ibunya yang sakit. Elizad pernah muncul dalam filem Gangster, Bilut, Berlari ke Langit  dan Rock. Dia juga berlakon bersama pelakon popular seperti Rosyam Nor dan diambil berlakon di bawah arahan pengarah terkenal seperti Mamat Khalid dan Bade Hj Azmi.

 

Elizad dulu dan kini

Kerana lama menyepi Elizad dianggap sudah mahu meninggalkan dunia lakonan namun sebenarnya dia rindu untuk muncul di layar perak tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Elizad  menyepi selama 2 tahun kerana menjaga arwah ibunya, Nazariah Mohd Salleh, 60, yang menderita penyakit Parkinson. Sebagai satu satunya anak perempuan di antara adik beradik yang lain dan masih lagi bujang dia merasa perlu untuk berkorban menjaga ibunya yang sakit.

Siti Elizad juga menderita sakit appendiks dan cyst. Pada tahun 2011 dia telah menjalani pembedahan membuat cyst seberat 4 kg.

“Saya ingat saya hanya sakit pinggang biasa tapi apabila duduk nak bangun sakit, nak buang air pun sakit pinggang membuatkan saya pergi menjalani pemeriksaan. Hasilnya saya diberitahu saya mengalami ketumbuhan cyst yang telah pun besar.
“Akhirnya saya perlu menjalani pembedahan membuang cyst dan appendik sekali.

Drama terbaru lakonan Elizad  pada tahun 2014, Anak Aku Bukan Milik Aku, dia berlakon bersama Zamarul Hisham, Nabila Huda di bawah arahan Azma Aizal Yusof.  Ramai peminat memuji lakonan beliau dan penampilan Elizad yang kini yang lebih cantik, kurus dan semakin cun. Nampaknya Elizad memang membuat comeback yang bersungguh sungguh. Dia kini lebih serius menjaga kesihatan dalaman dan pemakanannya.

“Saya juga perlu menjaga aspek pemakanan dan mengawal diet kerana tidak mahu nampak berisi depan kamera. Pada masa sama, saya juga ingin menurunkan berat badan sebanyak tiga hingga empat kilogram lagi dalam misi untuk buat ‘comeback’ dalam bidang hiburan tanah air,”

Drama baru Siti Elizad:  Jiwa, Masihkah Ada Cinta, Aku Bukan Mistress, Jihad Iskandar, Pilihan Rozana.

Masihkah  Ada Cinta drama baru Elizad

 

Elizad tak cemburu dengan pelakon baru

“Memang lama saya menyepi. Bila saya kembali aktif, ramai pelakon baru muncul dan saya tidak pernah menganggap kehadiran mereka sebagai saingan atau cemburu dengan populariti mereka.

“Bermula tahun lalu, saya mula sikit-sikit berlakon. Sebenarnya ketika saya menjaga ibu juga ada banyak tawaran, tetapi terpaksa tolak kerana keadaan tidak mengizinkan saya untuk aktif,” katanya.

Walaupun sudah lama dalam industri, Ejad meng­anggap dirinya sebagai anak yang baru belajar berjalan. Katanya, dia tidak sehebat pelakon lain dan masih banyak perlu diperbaiki.

“Masa mula-mula masuk dalam industri, semua orang merangkak mencari tapak. Rezeki mereka memang murah apabila awal kemunculan terus meletup dan dikenali.

“Saya sekarang ini sama macam mula-mula dulu. Mencari tapak untuk mengukuhkan nama. Saya percaya orang akan nampak kebolehan yang ada pada saya,”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold