Sinopsis Romi Cinta Julia

Sinopsis Romi Cinta Julia

Julia gadis berusia 20 tahun,  anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah.  Sikap Julia yang sangat manja sentiasa mahu orang sekeliling mengikut segala kemahuannya. Julia jatuh cinta dengan anak jirannya iaitu Jeff. Jeff  telah memujuk Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja serta berkahwin dengannya. Ibu bapa Julia sangat kecewa dengan keputusan Julia, dan mereka enggan  merestui hubungan Julia  dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depannya.



Malik dan Sabariah kemudiannya bercadang untuk menjodohkan Julia dengan Romi Suffian, anak dari kenalan lama mereka yang sudah berhijrah dan menetap di Australia. Romi dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari material untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah: Liku untuk ke jalannya”.

Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia. Walaubagaimanapun, Julia menolak sekeras-kerasnya kerana begitu mencintai Jeff. Disebabkan itu, orang tua Julia telah meletakkan Julia di rumah kakaknya di kawasan lain bagi mengelakkannya dari bertemu dengan Jeff. Namun, Julia dan Jeff telah merancang untuk melarikan diri secara rahsia, Julia nekad untuk turun dari biliknya di tingkat 4 dengan tali yang disambung. Satu tragedi telah berlaku, Julia telah jatuh dan cedera parah, dia perlu dibedah dan tulangnya mengalami kecederaan.

Sejak kemalangan itu Julia dihimpit rasa kesal dan kecewa dengan tindakan Jeff yang terus menghilangkan diri, walaupun Jeff meninggalkannya, dia masih lagi merindui Jeff.  Romi pula sanggup untuk menikahi Julia walaupun dalam keadaan Julia yang masih tidak boleh bergerak. Akhirnya, Romi dan Julia bernikah. Namun, Julia tidak begitu redha menerima Romi.

Semenjak itu, Romi mengambil alih tugas menjaga Julia. Dia berusaha dengan cara rawatan moden dan tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan Julia. Harapan Romi cuma satu,agar Julia sembuh secepat mungkin. Dalam diam, Julia mulai tersentuh dengan budi baik suaminya itu. Romi tetap sabar walaupun Julia gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Di samping itu, Romi terus menyiapkan bukunya dengan mengambil Julia sebagai watak utama dalam cerita itu sehinggalah Julia pulih. Julia mulai menjalani kehidupan sebagai isteri Romi.

Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya. Jeff merayu Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Bukan mudah untuk Julia melupakan cinta pertamanya. Jika dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini? Romi hanya suami yang dikahwini secara paksa.

 

Apakah kesudahan cerita ini saksikan dalam Lestary   di TV3, 27 Februari.

 

Para pelakon Romi Cinta Julia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold