Sharnaaz Tak Sabar Nak Beli Baju Baru Ke Mahkamah

Kes perbalahan Sharnaaz Ahmad, Lisdawati dan Fauzi Nawawi tidak nampak jalan penyelesaian kerana masing masing enggan meminta maaf. Sharnaaz pula bertegas mahu membawa isu ini ke mahkamah apabila Fauzi enggan meminta maaf seperti yang diminta oleh Sharnaaz.

Sharnaaz mendakwa Fauzi mengaitkan nama ibunya dan dia mahu Fauzi memohon maaf secara peribadi dengan ibunya.

Fauz pula menafikan hal demikian dan menuduh Sharnaaz hanya memutar belitkan ayat sms yang dihantar, dia hanya bertanyakan kepada Sharnaaz apa perasaan dia jika ibunya ditengking sebegitu.

“Tak apa lah kalau dia (Fauzi) tak nak minta maaf, kita jumpa di mahkamah. Saman tetap saman. Saya harap selepas ini dia diam, saya pun dah tak sabar nak beli baju baru masuk mahkamah.

“Kita tengok nanti apa yang dia nak tegakkan, kalau bagi dia perkataan itu tak kurang ajar tak apalah. Saya cuma nak fight untuk keluarga saya.”

Ditanya adakah dia yakin akan menang, Sharnaaz berkata dia berserah kepada ketentuan Tuhan dan kebenaran pasti akan terbukti nanti.

Kalau nak tahu, sebelum ini Sharnaaz sudah menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan mengaku menengking aktres yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi secara tidak sengaja.

Semalam, Sharnaaz telah memohon maaf kepada pasangan itu namun dia bertegas mahu pasangan itu meminta maaf kepada ibunya secara peribadi atau berdepan saman maksima.

Baca: VIDEO Penjelasan Mengapa Sharnaaz Tengking Lisdawati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold