Sarapan Popular Roti Doll di Alor Setar

Jika anda datang jalan jalan makan angin di daerah utara terutama di Alor Setar Kedah, nak cari tempat sarapan mana yang paling popular dan sedap..apa kata anda cuba Roti Doll.

Apa istimewanya Roti Doll ni..lihat gambar..

Mana rotinya..roti ada kat bawah telur tu ye…dari mana asal nama doll tu tak pastilah saya..roti Doll ni roti canai yang diletakkan telur setengah masak di atas dan kuah roti canai tu pulak dituang sekeliling.

Menyelerakan…

Uniknya Roti Doll ni dari roti canai di kedai lain ialah sebab telur setengah masak yang dihidang denganĀ  cara menutup roti canai di bawahnya..memang kreatif tuan kedai ni nak memikat hati pelanggan.

Seperti juga kedai Laksa ikan sekoq di area Mergong, Kedah..memang laksa sama saja dengan kedai lain cuma bezanya diletakkan ikan kembong seekor :) Jadilah Laksa Ikan Sekoq

Kalau nak ke restoran Roti Doll tu, nama sebenar restoran tuĀ  ialah restoran Mee Sham , jalan dari Pantai Johor menghala ke Gunung Keriang.

Restoran tu berada di sebelah kiri jalan (selepas stesen Petronas kanan).

Restoran Mee Sham juga menghidangkan menu lain yang boleh dipilih untuk sarapan selain Roti Doll.

Cuba jangan tak cuba.

 

Pekena Laksa Ikan Sekoq

Gulai Ikan Kembong Hj Jamil

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold