Puteri Sarah Masih Dilanda Kontroversi Menjelang Hari Nikah

Sebagai bakal pengantin, sememangnya banyak perkara yang perlu dipersiapkan oleh lelaki dan perempuan sebelum tibanya hari perrnikahan yang dinanti. Puteri  Sarah yang akan melangsungkan perkahwinan sibuk dengan persiapan perkahwinan yang tinggal beberapa hari saja lagi.

Menjelang hari istimewa Sarah akan sah menjadi isteri kepada Syamsul Yusof, dia masih lagi diserang dengan gosip dan kontroversi, sebuah blog hiburan membangkitkan isu bekas kekasihnya Ammar Alfian telah mendedahkan hal silam mereka di laman sosial.

Sarah sendiri membuat kenyataan dia tidak tertekan dengan dakwaan tersebut.  Bagaimanapun menerusi laman Twitter, Sarah sama sekali menyangkal perkara itu dan menegaskan tidak pernah memberi kenyataan terhadap isu berkenaan.

Enggan terus terpalit dengan kontroversi lama, Sarah menyibukkan diri dengan membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti.

Menurut Sarah, segala dokumen yang diperlukan sudah disediakan dan kebenaran untuk berkahwin juga telah dipersetujui oleh JAIS. Kini fokusnya hanya tertumpu pada melengkapkan barang-barang hantaran.

Melihat kepada kemaskininya di laman sosial itu jelas menunjukkan bakal isteri Syamsul Yusof ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke alam perkahwinan yang hanya tinggal lebih kurang 16 hari sahaja lagi.

Untuk pengetahuan anda, Sarah dan Syamsul akan melangsungkan perkahwinan mereka pada pagi 8 Mac 2014 di Masjid Sri Damansara.

Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam hari yang sama dengan bertemakan Islamic Arabian Night. Pastinya majlis perkahwinan mereka akan menjadi salah satu majlis paling meriah tahun ini.

Sumber : oh bulan

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold