Perbicaraan Azizul dan Shalwati Bermula

Perbicaraan ke atas pasangan Azizul danShalwati bermula pada 19 Februari, Shalwati dilihat emosi apabila melihat suaminya yang berpakaian hijau dan bergari.

Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin, yang dituduh memukul anak-anak mereka, menghadiri perbicaraan pada Selasa di Stockholm dan bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika didapati bersalah.

Pasangan tersebut mula dibicarakan pada pukul 9 pagi di Mahkamah Daerah Solna atas dakwaan kesalahan yang dilakukan terhadap anak-anak mereka.

Wartawan Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang kini berada di Sweden memberikan gambaran suasana perbicaran kes yang mendapat tumpuan media di negara ini.

Ketika dihubungi, Zan berkata, pasangan tersebut tiba di Mahkamah dengan Shalwati dilihat sedikit emosi apabila melihat suaminya yang mungkin telah dipisahkan sejak ditahan Disember lepas.

Antara yang hadir dalam prosiding itu untuk memberi sokongan kepada pasangan itu adalah Duta Besar Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman, kakitangan Tourism Malaysia dan keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

Prosiding bermula dengan pendakwa membaca tuduhan terhadap pasangan itu seperti meninggalkan kesan fizikal ke atas anak-anak mereka menggunakan objek seperti penyangkut baju dan tongkat, serta memukul dengan tangan.

Ini diikuti dengan bacaan tuntutan pampasan oleh peguam yang kanak-kanak, di mana mereka mendakwa antara 50,000 Krona dan 62,000 Krona (sekitar RM25,000 hingga RM50,000).

Peguambela, Kristofer Stahre memaklumkan bahawa pasangan itu mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Pihak defendan mengemukakan beberapa bukti antaranya surat yang ditulis oleh Ammar, 12, kepada ibunya.

“Mummy, saya minta maaf, segalanya bermula kerana kemarahan saya, saya akan sentiasa menyayangi anda dan tiada apa yang mengubah hal itu. Love, Amar. P.S: Saya sentiasa mengasihi kamu.”

Bilik mahkamah turut dipenuhi oleh media Sweden.

Perbicaraan yang dijangka berlangsung selama 10 hari menyaksikan Azizul dan Shalwati mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang terhadap mereka.

Empat anak Shalwati iaitu Aisyah,14, Ammar,12, Adam, 10 dan Ariff, berumur tujuh tahun walau bagaimanapun tidak akan memberi keterangan di mahkamah.

Anak-anak pasangan itu kembali ke Malaysia pada awal Februari dan kini di bawah jagaan ibu saudara mereka Sharlena Makhzan yang juga seorang guru.

Shalwati dan Azizul didakwa Isnin lalu selepas ditahan sejak 18 Disember 2013.

Sumber: Astro Awani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold