Lisdawati Serik Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad

Apakah punca berlaku insiden Sharnaaz Ahmad menengking Lisdawati di set pengambaran Bukan Aku Tak Cinta. Apakah yang membuatkan Sharnaaz naik angin hingga berkelakuan begitu. Mesti ada sesuatu yang berlaku , masakan dengan tetiba Sharnaaz boleh naik angin kalau tidak ada sebab. Sharnaaz masih enggan mendedahkan puncanya tetapi banyak kenyataan dibuat di media oleh pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi mengenai insiden itu hingga membawa ke laporan polis.

“Diamlah kakak!” antara ayat yang ditengking oleh Sharnaaz Ahmad kepada Lisdawati yang mana semasa itu Sharnaaz ada babak lakonan yang perlu dia menengking Iqram Dinzly tetapi babak itu terganggu dan berlakulah insiden tersebut.

“Saya sendiri tidak faham kenapa dia datang dan tengking saya tanpa sebab. Peristiwa ini terjadi sebanyak dua kali ketika saya berada di lokasi penggambaran di Kuang dan satu lagi kejadian di Sungai Buloh. Sebelum ini, kami tidak pernah mempunyai apa-apa masalah sepanjang bekerja bersama bermula dari bulan November tahun lalu.

“Beberapa artis yang berada di lokasi seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Nelydia, Iqram dan Lana Nordin juga menjadi saksi peristiwa tersebut berlaku. Saya menggigil dan dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Saya tidak pernah mempunyai apa-apa masalah dengannya. Cara dia beritahu semua orang seolah-olah saya yang bersalah. Suami saya sendiri tidak pernah menengking saya seperti itu. Kalau boleh, saya tidak mahu berlakon dengannya lagi selepas ini dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis,” ujar Lisdawati panjang lebar.

Menurut Lisdawati, situasi tersebut menimbulkan masalah apatah lagi dia kini sedang mengandung enam bulan.

“Saya memang tertekan tetapi tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut. Saya sedang mengandung dan selepas peristiwa tersebut juga, doktor mengesahkan bahawa tekanan darah saya cukup tinggi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi bakal berangkat ke tanah suci Mekah pada tengahari Jumaat ini untuk menunaikan ibadah umrah selama 12 hari.

Pelakon ketawakan kesilapan pelakon lain ketika berlakon

Komen Fauzi Nawawi suami Lisdawati.

…salah faham berlaku apabila pelakon-pelakon menghilangkan tekanan dengan mengetawakan mereka yang tersalah dialog pada hari terbabit. Kemudian Sharnaaz tiba-tiba melenting, lalu menengking isteri saya. Untuk menjernihkan keadaan, saya menghubungi Sharnaaz namun tiada respon. Saya menghantar SMS kepadanya dan dibalas dengan ayat berbaur gengster.Tujuan saya hanya untuk mendapatkan penjelasan Sharnaaz di atas tindakannya, bukan untuk mencari pasal,”

 

*********************************

Salah faham ini hanya masalah dalaman saja, jadi polis pun dah nasihatkan pelakon pelakon yang terlibat supaya selesaikan di luar saja, tak kan perkara kecil begini nak bawa ke mahkamah ye tak?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold