Lisa Surihani Berkecil Hati

Lisa Surihani mengakui dia terluka dan berkecil hati kerana ada orang yang menyindir dan sering bertanya kenapa dia tidak hamil lagi. Ada juga orang yang sanggup melukakan perasaan orang lain tanpa meletakkan diri dia dalam situasi tu sendiri. Anak itu rezeki Allah beri, tak perlu riak dan berbangga diri, sebab jika tak diizinkan Allah nasi dalam mulut pun boleh terkeluar balik.

Lisa Surihani, 28, adalah orang yang paling gembira apabila sahabatnya, pelakon dan pengacara Scha Al Yahya mengumumkan tentang kehamilannya.

“Sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka! Sebelum pengumuman mereka, Awal ada beritahu saya tapi masa itu dia dengan Scha belum pasti lagi dan masih tak bersedia nak kongsi berita tersebut dengan peminat,” kata Lisa yang mengharapkan gilirannya pula selepas ini.

Menurut Lisa, sebagai seorang isteri dia juga mahu melalui saat gembira seperti Scha mahupun wanita lain, namun jauh di sudut hatinya sangat kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempersoalkan perkara tersebut kepadanya sehingga menyentuh ke peringkat yang terlalu peribadi.

“Ini semua rezeki ALLAH, Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

“Pernah ada yang datang pada saya, tanya bila lagi? Sedangkan dia pun dah hamil sambil menunjuk-nunjuk perutnya. Saya minta biar ALLAH ampunkan dia, sebab melukakan hati orang lain.

“Saya tak faham mengapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya.

“Mungkin belum rezeki kami. Bukan kami tak berusaha dan perlukah berkongsi tentang semua perkara itu pada umum? Apa pun, saya tak mahu terlalu memikirkan kerana ia akan membuatkan saya tertekan,” katanya yang berkecil hati dengan segelintir pihak.

Bagaimanapun, Lisa bersyukur apabila luahan rasa kesalnya mengenai isu tersebut di Instagram, baru-baru ini mendapat sokongan ramai peminatnya.

Lisa yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim turut mengharapkan peminat dapat mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka.

 

sumber :Sinar Harian

Sudah lumrah masyarakat kita ni, kalau tak kahwin ditanya kenapa tak kahwin lagi…kalau dah kahwin tak dapat anak lagi, ditanya juga kenapa tak dapat anak lagi..dah dapat anak..ditanya kenapa tak dapat adiknya lagi…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Lisa Surihani Berkecil Hati”

  1. nura says:

    Banyak bersabar lisa. Ni semua dugaan besar dari Allah. Tu cuba minum air enzyme atau dari buatan traditional jenama Pamoga. Dengar kata ramai dah mengandung selepas ikhtiar meminum air tonik pamoga. Juga cuba baca ayat suci alQuran dari buku Doa tentang ‘mendapatkan keturunan.’ Insyallah kalau yakin dan berusaha, akan dikurniakan anak.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold