Kes Pasangan Malaysia Ditahan di Sweden: Anak kenalpasti rotan yang diguna

Perbicaraan pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isteri, Shalwati Norshal di Mahkamah Daerah Solna masuk hari kedua dan pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.


Dalam video tersebut, pegawai penyiasat yang menemubual Arif telah mengambil beberapa barang dari sebuah bag yang ditemui dalam rumah pasangan tersebut.

Bertutur dalam bahasa Sweden sambil dibantu oleh penterjemah bahasa, pegawai penyiasat itu kemudian meminta Arif menunjukkan objek yang digunakan untuk memukulnya.

Arif yang memakai baju sejuk biru dan berseluar jeans dilihat agak keliru dari terkejut dengan pertanyaan yang diberikan dan dia kemudian mengenal pasti dua rotan dan satu pemukul karpet yang digunakan oleh ibunya untuk memukulnya.

Dia menggambarkan bahawa rotan tersebut sebagai ‘kayu yang berikat’.

Bagaimanapun, Azizul dan Shalwati melalui peguam mereka tidak mengaku memukul anak-anak mereka dengan barang kes yang ditunjukkan tersebut.

Selepas menunjukkan kepada hakim sebatang kayu dan rotan, yang dijumpai di rumah pasangan, pendakwa menyiarkan 140 minit daripada 25 jam video rakaman keterangan yang dijalankan semasa kanak- kanak itu masih di Sweden disember dan januari lalu.
Antara lain, arif anak bongsu pasangan ditanya apakah yang akan dilakukan oleh ibu dan bapanya jika dia membuat mereka sedih atau marah.
Kaedah soal siasat polis itu disifatkan oleh Peguambela Shalwati, Kristofer Stahre sebagai menjejaskan nilai bukti.
Stahre dalam hujahnya turut curiga kerana pihak pendakwa sengaja tidak mengambil kira surat yang ditulis oleh Ammar kepada ibunya sedangkan sebelum ini pendakwa pernah mengambil gambar surat tersebut.

Video kedua yang dipertontonkan sebelum mahkamah berhenti rehat pula memaparkan anak lelaki sulung mereka, Ammar, 12 yang membawa lebih kepada penerangannya.

Dia memberitahu dua insiden di mana dia telah dipukul oleh ibu bapanya secara jelas.

Inside pertama berlaku apabila ibunya memukul dengan penyangkut baju kerana dia mendengar muzik yang terlalu kuat ketika membuat kerja rumah.

Kejadian kedua berlaku apabila dia dan kakaknya terlibat dalam satu pertelingkahan ketika dihantar ke sekolah oleh Azizul dan menurutnya, dia telah dipukul di bahu oleh Azizul kerana memukul kakaknya.

Kesemua video tersebut telah dipertontonkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell di dalam kamar mahkamah di hadapan hakim Mattias Moller.

Shalwati yang mengenakan baju kurung berwarna emas bersama tudung kelabu dan jaket dilihat agak tenang sepanjang perbicaraan berlangsung. Dia dan Azizul duduk bersebelahan di samping peguambela mereka, Johan Tamm and Kristofer Stahre.

Turut sama menghadiri perbicaraan tersebut ialah Duta Malaysia, Datuk BadruddinAbdul Rahman, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan beberapa lagi saudara mara dan kawan pasangan tersebut.

Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai telah mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.

Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.

Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan tersebut dijangka akan memakan masa sehingga 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dimana Shawati dan Azizul akan merayu diatas kesalahan mereka memukul anak mereka.

Sumber :Astro Awani dan TV9

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold