Jawapan Erra Fazira Mengenai Kisah Perceraiannya

Peminat seni tanah air dikejutkan dengan berita penceraian primadona filem Melayu, Erra Fazira, 40, dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39. Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.

Mereka bercerai secara baik selepas tujuh tahun berkahwin dan bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Emran.

Dalam pertemuan dengan media di pekarangan mahkamah, Erra mengulas ringkas tentang takdir jodohnya bersama Emran yang tidak berpanjangan.

“Kami telah berbincang tentang perpisahan ini sebelum ini. Saya bersyukur kerana penceraian ini berlaku secara baik. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada karier,”

Erra kemudian meminta jasa baik pihak media agar tidak terus mendesak dan mengasaknya dengan persoalan tentang penceraian tersebut.

Pintanya yang telah setahun tidak sebumbung dengan Emran sebelum bercerai:

“Saya minta tinggalkan saya (bertanya tentang hal penceraian) supaya hidup saya jadi lebih aman.”

Ironi, berita penceraian itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak tahun 2009, cerita tentang pergolakan rumah tangga mereka sudah mula disiarkan di dada akhbar.

Pada tahun 2009 ketika pihak media mula kecoh kononnya rumah tangganya retak kerana orang ketiga, Erra menafikannya.

“Terus-terang, tidak ada pergolakan dalam rumah tangga saya. Saya pun tidak pernah mendengar berita pasal wujudnya pihak ketiga antara kami.

“Namun, saya tidak mahu cepat melatah. Gosip seperti ini asam garam dalam kehidupan seseorang artis dan saya sudah bersiap sedia,”

Sejak itu, hampir setiap tahun ada sahaja berita tentang kemelut rumah tangganya sehingga pernah timbul gosip kononnya Emran sudah berkahwin lain.

Sabar dengan segala berita tentang rumah tangganya, ini jawapan yang diberikan Erra dalam temu bual pada November 2010.

“Saya rasa ada dua kemungkinan mengapa orang itu menyebarkan cerita palsu ini. Satu, mungkin kerana dia terlalu kreatif sehingga mendapat idea untuk mereka cerita itu, dan satu lagi sebab mungkin kerana dia terlalu membenci saya.

“Maklumlah, dalam dunia ini bukan semua orang akan suka dengan kita. Lebih-lebih lagi kalau terlibat dalam dunia hiburan. Pasti ada yang suka dan pasti ada yang tidak suka,” ujar Erra.

Dalam masa yang sama, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik juga menolak pendapat yang mengatakan tindakannya yang jarang membawa suami ke acara yang dihadiri adalah punca kepada gosip itu tersebar.

“Saya memang tidak suka membawa suami ke majlis-majlis yang perlu saya hadiri. Ini kerana, saya pergi atas dasar bekerja. Saya senang bekerja sendiri. Bukan sebab rumah tangga kami bergolak. Jadi, jangan salah sangka,” jelas Erra.

Kemudian pada Jun 2012, Erra menyangkal khabar angin mereka mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga.

“Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.

“Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka

Tidak lama selepas itu pada Mac 2013, tersebar cerita kononnya Erra dan Emran akan ke mahkamah syariah pada bulan April.

Bagaimanapun, Erra yang dihubungi ketika itu menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan pihaknya tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Disember tahun lalu, apabila pihak media menyoalnya tentang rumah tangga, jawapan yang diberikan ibarat memberi isyarat awal tentang apa yang bakal berlaku.

“Saya akan beritahu apabila sampai masanya. Doakan yang terbaik untuk saya,” tutur Erra.

Kini, ikatan murni tersebut terlerai juga akhirnya.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007.

Sebelum itu Erra terlebih dahulu berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Sumber : Kosmo Online

 

ERRA KECEWA KISAH CERAINYA  DIJADIKAN BAHAN JENAKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Jawapan Erra Fazira Mengenai Kisah Perceraiannya”

  1. tanakwagu says:

    sekali berkahwin tak kan bercerai.Tuhan tidak benarkan perceraian setelah berkahwin.
    tanakwagu recently posted..Sabah Blackout: Terpelantit

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold