Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu

Pada Selasa, pelakon popular Erra Fazira telah dilaporkan sah bercerai talak satu dengan Engku Emran. Spekulasi yang bertiup kencang sejak 2 tahun lalu mengenai keretakan rumahtangga mereka telah terjawab. Erra enggan mengulas punca keretakan rumahtangganya. Erra hadir di Mahkamah Tinggi Syariah dengan pakaian hitam, bercermin mata gelap dan menutup wajahnya dengan topeng penutup mulut.

 

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran sehingga membawa kepada perceraian mereka pada Selasa.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab dengan penceraian tersebut.

“Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya,” kata Erra ketika ditemui sejurus selesai kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa.

Erra dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, sah bercerai dengan talak satu kira-kira pukul 12.50 tengah hari Selasa yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.

Pelakon itu kelihatan tenang manakala Engku Emran sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

Dalam pada itu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.

Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

“Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah,” katanya.

Hak penjagaan anak

Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya. Baca sini untuk lebih lanjut.

Pasangan itu berkahwin pada 25 Oktober 2007.

Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung selain lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dengan wanita lain tetapi dinafikannya.

Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Komen rakan pelakon Erma Fatima mengenai perceraian Eraa

Sy mohon kpd yg nk bg komen d sini. Berpada padalah bahasa dan nasihat yg hendak d berikan. Soal jodoh dan maut d tangan Allah. Tdk ada seorang manusia yg inginkn penceraian di saat kita berkahwin. Tak kena kt batang hidung sendiri maka bole lah kita ckp mcm2. Erra Fazira bkn jahil sampai tk tahu soal agama. 3 tahun dia bertahan. Siapa kita utk menghukum bahawa perpisahan ini menjadi kemurkaan Allah? Knp nk ambik kerja tuhan. Hanya mereka dan Allah saja yg mengetahui segalanya. So…doakan yg terbaik bukan menebak ikut suka hati sendiri.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold