Erra Fazira Akui Banyak Menangis Sebelum Ke Mahkamah

Erra kelihatan tenang di mahkamah ketika lafaz ceria dilakukan oleh Engku Emran. Namun  hati dan perasaannya tidak ada siapa yang tahu bagaimana keadaan sebenarnya. Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.

Aktres terkenal, Erra Fazira, 40, yang bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kelmarin, mengakui banyak menangis memikirkan hal anak tunggal mereka dua hari sebelum perceraian.

“Saya akui banyak menangis dua hari sebelum ke mahkamah… bukan kerana perceraian ini, tetapi memikirkan soal anak. Jangan tanya soal hak penjagaan anak lagi..

“Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya,”

Walaupun terpaksa berhadapan dengan proses perceraian pada sebelah tengah hari, namun pelakon ‘Sembilu’ ini tetap gigih ke set rakaman program ‘Primadona’ pada sebelah petangnya. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ini juga kelihatan tabah, tidak seperti segelintir wanita lain yang sedih apabila terpaksa berhadapan dengan perceraian.

“Orang nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga,”

“Saya kini mahu fokus dengan kerja kerana jika saya tak ada sebarang kerja dan hanya duduk di rumah saja, sudah tentu saya akan melayan perasaan. Saya mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara ini.

Buat masa ini, saya akan sibuk dengan program Primadona dan juga Konsert Teaterikal Suara Kita. Alhamdulillah, jadual seni saya padat dan saya akan sibuk sehingga Jun ini. Saya percaya, ini semua sudah diaturkan oleh Tuhan dan saya doakan semoga saya diberikan kekuatan untuk melalui kehidupan mendatang,”

 

Sumber   : gua.com.my

Gambaran keretakan rumahtangga sejak setahun lepas

Sebagai kakak, saya memang sangat sedih dengan penceraian Erra dan Engku Emran. Erra beritahu saya dia sudah fikir dengan masak-masak dan mahu bercerai dengan baik dengan Emran. Dia hanya lebih fikirkan masa depan anaknya, Engku Aleesya semata-mata dan sanggup menjaga Aleesya secara bergilir-gilir dengan Emran.

Saya difahamkan, Erra hanya dapat bersama Aleesya selama 2 hari saja dalam seminggu iaitu Ahad dan Isnin selain cuti sekolah dan hari perayaan manakala selebihnya menjadi hak Emran. Sebenarnya sudah leih setahun Erra memberi gambar rumahtangganya dengan Emran bergolak.

Saya pula yang hiba dan menangis tatkala mendengar Emran melafazkan cerai. Saya hanya mampu berdoa agar mereka berdua diberikan ketenangan menghadapi semua ini.

 

ERRA KESAL KISAH CERAINYA JADI BAHAN LAWAK

Eksklusif : Erra jawab kisah perceraiannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Erra Fazira Akui Banyak Menangis Sebelum Ke Mahkamah”

  1. akubiomed says:

    Hati wanita siapalah tahu. 2 kali mahligai yang dibina gagal.
    akubiomed recently posted..Apa lelaki mahu dan apa wanita nak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold