Budak Maut Dihempap TV 29 Inci

Kemeriahan Tahun Baru Cina bagi sepasang suami isteri berakhir apabila anak perempuan tunggal mereka maut dihempap televisyen di Taman Chai Leng, di sini, malam kelmarin.

Kemalangan pada jam 9 malam itu, berlaku apabila mangsa, Chew Hii Zhen, 3, sedang bergambar di depan televisyen di ruang tamu sebelum dihempap televisyen, yang diletak atas kabinet setinggi kira-kira satu meter.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, akibat kecederaan di kepalanya.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika nenek mangsa mahu merakam foto cucunya itu dengan mangsa berdiri di depan televisyen berukuran 29 inci (73.66 sentimeter) itu.

Bagaimanapun, belum sempat bergambar, kabinet berkenaan tiba-tiba condong menyebabkan televisyen menghempap kepala mangsa.

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di dapur, manakala bapa mangsa yang bekerja sebagai tukang paip tiada di rumah.

“Mangsa yang kritikal dikejarkan ke HSJ oleh datuknya tetapi disahkan sudah meninggal dunia sebaik sampai di hospital berkenaan,” katanya.
Mata kanan lebam

Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati ada kesan hempap di bahagian kanan muka kanak-kanak terbabit dan mata kanannya lebam, kesan ditimpa televisyen itu.

“Mayat mangsa sudah dihantar untuk bedah siasat dan ahli keluarganya akan menuntut mayat kanak-kanak berkenaan esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Baharom Abu, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

 

sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold