UAI di Penang – Sambutan Tahun 2014

Sambutan ambang 2014 di Penang agak meriah dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus(UAI), dan beberapa selebriti lain seperti Pierre Andre, Syamsul Yusof, Hafizh Syahrin, Ustaz Norhisyam di Padang Majlis Bandaran Butterworth Pulau Pinang.

Kehadiran tetamu yang hadir dianggarkan sekitar 30 ribu orang.

Video secara live :

Sembang Ambang 2014 bersama UAI

UAI telah memberikan sedikit tazkirah dan menjawab beberapa soalan dari selebriti Pierre Andre, Syamsul dan juga Hafizh.

Program sambutan tahun baru diisi perkara perkara berfaedah dan tidak sia sia.

Sketsa UAI di Penang sebelum detik 12 malam

UAI telah membuat satu sketsa spontan di mana UAI sendiri dan semua tetamu berlakon dan bercakap dalam loghat Penang. Sangat mencuit hati dan menghiburkan, ramai yang hadir tak sangka UAI pandai berlakon..kalah maharaja lawak mega. Cayalah ustaz! Nanti boleh lagi berlakon dalam filem Pierre dan Syamsul pulak.

Syamsul pun dah banyak berubah sekarang, mungkin lepas ni filem Syamsul tak ada pelakon wanita/gadis gadis yang berpakaian tak senonoh. Kata UAI bukan tak boleh wanita berlakon tetapi biarlah kena caranya. Dalam filem Ustaz mu tunggu aku datang juga tidak ada wanita berlakon, dan itu syarat UAI berlakon dengan Pierre Andre. Syamsul rasa bersalah kemudian mencelah,

“saya rasa berdosa sangat bila ingat filem2 saya dulu tapi saya masih tak terlambat untuk bertaubat”

Dalam lawak UAI sempat menghentam Ustaz Nor hisyam, maklumlah malam ni UAI pegang watak Makcik Ton mak yang cengei(garang), habih semua di pekena. UAI sempat pekena Syamsul dan Pierre yang berlakon macam kayu. Syamsul  jadi watak Ayu anak gadis yang dah 8 kali orang pinang tapi tak jadi. Ustaz Norhisyam jadi bapa Ayu.Boleh tahan lakonan ustaz..habih semua keluar double meaning punya lawak huhu!!

 

 

Sepatutnya kumpulan pelawak Shiro ada di Penang bersama UAI tetapi mereka dimaklumkan ada hal tertentu sehingga tak dapat hadir ke Penang. Rupanya Shiro ada bersama rancangan khas di TV2 bersama Ifa Raziah dan Apek. Tak tau le Shiro dah janji dengan siapa dulu, tetapi nampaknya ramai peminat Shiro lebih suka jika Shiro bersama UAI di Penang.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold